Sunday, 2 March 2014

Review Oleh Pembaca Dalam Laman Mphonline

Air Mata Buaya: "Bodohlah Manusia Bila Hidup Bertuhankan Wang"
Zakaria Mamat
rates 4.00 out of 5 (Good)
(2)  Tulis ulasan
Harga : RM 17.50*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Betapa bodohnya manusia, apabila hidup berpaksikan dunia. Lebih sia-sia andai menafikan kebesaran Yang Maha Pencipta. Heiya, lahir bagaikan puteri raja dan Buaya, anak kaum Orang Asli yang kurang serba-serbinya adalah antara insan yang hanyut dalam badai nafsu yang bermaharajalela. Memang indah hidup apabila membiarkan diri hanyut dalam lumpur maksiat dan menobatkan wang sebagai raja!
Walau bagaimanapun, asyiknya cuma sementara. Hebat dihimpit masalah bergelora yang mengundang kepada kecewa, ternyata telah menongkah rahmat keinsafan dan hidayah Allah SWT di hati mereka.
Kehadiran Zukifli Alias dan Ustaz Nuruddin Al-Medani ternyata bagaikan penyuluh cahaya. Namun, mampukah kejayaan itu tercapai dengan sempurna? Lantaran kepayahan pendakian mereka untuk mencari petunjuk agama terlalu mencabar, dan menuntut pengorbanan banyak nyawa serta air mata! Segalanya bakal terjawab dalam Air Mata Buaya.



Mengenai Produk:
ID produk:9789674380090
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Pekan Ilmu
Tarikh terbitan:01-MAR-2014



Komen Pembaca:

review

Nama: Rosli Bin Rohman
Rating: 5 out of 5
komen:

Tahniah saudara zakaria mamat


Nama: Rosli Bin Rohman
Rating: 3 out of 5
komen:

Asalamualaikum dan salam sejahtera Tahniah saya ingin ucapkan kepada penulis Air Mata Buaya.. kerana berani mengutarakan sebuah novel yang mempunyai pengertian yang cukup mendalam -didalam kehidupan masyarakat pendalaman orang asli di negeri Perak. Masyarakat orang asli selalu dikaitkan dengan kemiskinan ...bukan saja miskin harta bahkan miskin minda ..namun dengan watak Buaya (Baya)... ia menggarap satu penceritaan yang berlainan sekali dengan sikap semula jadi golongan masyarakat ini. Watak Buaya menempuhi berbagai rintangan kehidupan untuk berjaya dalam hidup. Konflik bermula dengan namanya sendiri. Akhir sekali berjaya dalam perniagaan dan menerima gelaran sebagai Tan Sri. Novel ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kepada mereka yang ingin berjaya dalam kehidupan. tahniah sekali lagi kepada penulis.




Koleksi Penulis:
  1. Air Mata Buaya: "Bodohlah Manusia Bila Hidup Bertuhankan Wang"

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Novel – lain-lain

Novel AIR MATA BUAYA

PAGI hari ni AMB mencatat sebanyak 11,111 bacaan di laman ilhamkarangkraf.
Semalam pula diberitahu oleh seorang rakan FB yang dia baru beli online dari MPH Bookstore
Semalam juga ia dijual di Car Boots Sale di Bandar Tasik Puteri, Rawang