Pada Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL'14) pihak Pekan Ilmu telah diberi
jadual masa untuk menggunakan pentas utama bagi pelancaran novel
Air Mata Buaya - novel pertama saya, iaitu dari pukul 3.00 hingga 4.00 ptg.
Malangnya pihak lain yang diberi jadual masa untuk mereka tidak menamatkan acara
tepat pada jam 3.00 ptg menyebabkan masa kami untuk melaksanakan acara
pelancaran tersebut menjadi pendek dan kelam kabut memandangkan pihak yang
hendak menggunakan pentas yang sama selepas kami sudah menunggu.
INILAH JADINYA bila pihak penganjur yang menjaga susunan acara
LEMAH MENGAWAL MASA!!!
Berikutan itu, saya sebagai penulis novel ini tidak sempat menyampaikan
ucapan ringkas kepada audian yang menyaksikan acara pelancaran.
Berikut apa yang saya telah siapkan untuk diucapkan - yang tidak kesampain akhirnya ;
Firman Allah Swt menyatakan :
Sampaikanlah seruan dakwah dengan cara HIKMAH dan secara HASANAH
Manakala sebuah pantun melayu pula menyebut :
Kalau mencari tempat mandi
Pertama teluk kedua pantai
Kalau mencari NOVEL menjadi
Pertama elok kedua pandai
Saya berharap novel AMB ini termasuk dalam kedua2 kategori di atas, iaitu ada HIKMAH, ada HASANAH, ada ELOK dan ada padanya PANDAI.
Berkaitan pengalaman ditempuhi dalam merealisasikan penerbitan novel ini, khususnya sebagai penulis
yang baru pertama kali mahu 'menjual' karya, saya rasa pengalaman begini juga pernah dialami oleh orang lain ;
mengusung manuskrip ke hulu ke hilir mencari pihak yang sudi menerbitkannya.
Kalaulah sehingga ke saat ini novel ini tidak sudi diterbitkan oleh sesiapa, saya pasti tajuk novel
ini sudah pun berubah kepada Air Mata Saya. Syukurlah pihak Pekan Ilmu Publication sudi
menerbitkan dan seterusnya melancarkannya pada hari ini menjadikan tajuk kekal sebagai AIR MATA BUAYA.
Istimewanya novel ini diputuskan untuk diterbitkan oleh taukey sendiri, bukan editor seperti lazimnya. Tokey sendiri yang 'call' dan menerima serahan hardcopy manuskrip daripada saya dan rakan yang menemani, iaitu
NIK RAZA di satu majlis sambutan hari raya Pekan Ilmu.
Ucapan terima kasih kepada tokey Tuan Hj Abdul Halim Pekan Ishkin, Prof. Madya Dato' Dr. Rahman Shaari (Co-Founder), Dr. Zubir Harun (Perasmi / Pengerusi AIM), Subroto Katimin (Pengulas Novel), Zulhakim & Crews (Pegawai Pekan Ilmu) atas inisiatif membuat pelancaran novel AMB ini