Wednesday, 23 December 2015
Tuesday, 22 December 2015
bagaimana menulis novel
Bagaimana Menulis Novel.
Agar selepas ini menulis novel tidak membuat orang menutup dan
menjualnya di tempat kitar semula.
Awal pagi, klik-klik dan melihat perkataan pertama.
Apakah itu Chaebol dan Candy dalam penulisan novel?
Aha.
Belajar ilmu penulisan novel model drama Korea.
Cik Puan Azzah Abdul Rahman menulis.
Tema antara dua darjat - kedengaran amat klise.
Namun hakikatnya, untuk genre cinta, tema ini satu-satunya yang evergreen dan universal. Dari zaman Romeo & Juliet sehingga Yong Pal.
Antara dua darjat harta adalah yang paling klise.
Ya, darjat bukan semestinya harta.
Awal pagi, klik-klik dan melihat perkataan pertama.
Apakah itu Chaebol dan Candy dalam penulisan novel?
Aha.
Belajar ilmu penulisan novel model drama Korea.
Cik Puan Azzah Abdul Rahman menulis.
Tema antara dua darjat - kedengaran amat klise.
Namun hakikatnya, untuk genre cinta, tema ini satu-satunya yang evergreen dan universal. Dari zaman Romeo & Juliet sehingga Yong Pal.
Antara dua darjat harta adalah yang paling klise.
Ya, darjat bukan semestinya harta.
Perbezaan status sosial, agama, akademik, dan banyak lagi.
Chaebol
K-Drama menyaksikan begitu banyak drama yang watak heronya ialah lelaki 'chaebol' (pewaris kekayaan) berpangkat Presiden / CEO.
Candy
Manakala female lead-nya pula digelar Candy - gadis biasa-biasa.
Chaebol
K-Drama menyaksikan begitu banyak drama yang watak heronya ialah lelaki 'chaebol' (pewaris kekayaan) berpangkat Presiden / CEO.
Candy
Manakala female lead-nya pula digelar Candy - gadis biasa-biasa.
Istilah 'Candy' ini dipinjam daripada anime Jepun yang terkenal iaitu
Candy Candy.
Foto di atas mengumpulkan hero-hero K-Drama yang sinonim dengan watak Presiden / CEO.
Dan selalunya, watak lelaki chaebol ini sifatnya dingin dan angkuh.
Klise, bukan?
Namun, apa yang membezakan mereka?
Karakter.
1. Kim Won (The Heirs): Presiden dan chaebol Jaeguk Group - konglomerat yang menguasai hampir semua jenis bisnes di Korea kecuali telekomunikasi.
Obses mahukan takhta sehingga sanggup mengorbankan kekasihnya sendiri dan bermusuhan dengan adik tiri yang disangka mahu merebut kedudukannya.
2. Lee Hyun-wook (My Loveable Girl): Presiden ANA Entertainment.
Komposer genius, chaebol syarikat hiburan. Dihantui rasa bersalah menyebabkan kematian kekasihnya, namun jatuh cinta pula kepada adik kekasihnya itu.
3. Cha Jae-wan @ Jayden (Hotel King): Pengurus Hotel Ciel.
Foto di atas mengumpulkan hero-hero K-Drama yang sinonim dengan watak Presiden / CEO.
Dan selalunya, watak lelaki chaebol ini sifatnya dingin dan angkuh.
Klise, bukan?
Namun, apa yang membezakan mereka?
Karakter.
1. Kim Won (The Heirs): Presiden dan chaebol Jaeguk Group - konglomerat yang menguasai hampir semua jenis bisnes di Korea kecuali telekomunikasi.
Obses mahukan takhta sehingga sanggup mengorbankan kekasihnya sendiri dan bermusuhan dengan adik tiri yang disangka mahu merebut kedudukannya.
2. Lee Hyun-wook (My Loveable Girl): Presiden ANA Entertainment.
Komposer genius, chaebol syarikat hiburan. Dihantui rasa bersalah menyebabkan kematian kekasihnya, namun jatuh cinta pula kepada adik kekasihnya itu.
3. Cha Jae-wan @ Jayden (Hotel King): Pengurus Hotel Ciel.
Super dingin kerana kehidupan masa kecilnya penuh tragedi.
Di depan pelanggan, dia terkenal sopan dan komited. Di belakang, hidupnya penuh dendam.
Pasangannya dalam drama ini bukan perempuan Candy, tetapi Ah Mo-ne, perempuan chaebol ala Paris Hilton.
Konflik yang disebabkan oleh kedua watak ini menjadikan Hotel King sebuah drama yang memang hebat.
4. Cha Jung-woo (Cunning Single Lady): CEO D&T Software Ventures @ genius IT.
Di depan pelanggan, dia terkenal sopan dan komited. Di belakang, hidupnya penuh dendam.
Pasangannya dalam drama ini bukan perempuan Candy, tetapi Ah Mo-ne, perempuan chaebol ala Paris Hilton.
Konflik yang disebabkan oleh kedua watak ini menjadikan Hotel King sebuah drama yang memang hebat.
4. Cha Jung-woo (Cunning Single Lady): CEO D&T Software Ventures @ genius IT.
Bukan chaebol.
Bangkit daripada kegagalan dalam perkahwinan sehingga berjaya menjadi
'Steve Jobs' Korea.
5. Joo Joong-won (The Master's Sun): CEO Kingdom Group yang kedekut dan tamak, memiliki empayar hotel dan pusat membeli-belah.
Semua perkara adalah bisnes baginya. Pasangannya dalam drama ini seorang gadis Candy, tetapi mempunyai kelebihan boleh melihat hantu.
6. Gu Seo-jin (Hyde, Jekyll, Me): CEO dan chaebol Wonder Group, pemilik taman tema Wonderland.
Menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID), dan mempunyai tiga personaliti berbeza di luar sedar.
Dalam suasana K-Drama masih lagi banyak watak-watak CEO chaebol dan Candy, ada yang sudah mula lari daripada kepungan itu. Namun tetap mengekalkan tema antara dua darjat.
7. Park Jung-hwan (Punch): Pengarah Pasukan Anti Rasuah untuk Peguam Negara.
Bersubahat melakukan pelbagai jenayah dengan ketuanya sehinggalah didapati menghidap tumor otak yang serius. Bekas isterinya pula peguam kerajaan yang amanah.
8. Do Min-joon (My Love From The Star): Makhluk asing yang sudah 400 tahun terperangkap di bumi dan pada zaman ini dia bekerja sebagai pensyarah subjek sejarah di universiti.
Pasangannya bukan Candy, tetapi pelakon wanita terkenal kategori A-List yang bersikap diva.
Ya, cinta antara alien dengan manusia juga adalah dalam tema antara dua darjat.
9. Kim Tae-hyun (Yong Pal): Doktor bedah yang cemerlang disebabkan tekadnya belajar bersungguh-sungguh demi menebus kelemahan diri kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa ibunya sendiri.
Bukan chaebol, bukan CEO hospital.
Asal daripada keluarga susah, ayahnya sendiri gangster. Dicop sukakan duit kerana mahu membayar hutang lintah darat - dipinjam untuk kos rawatan buah pinggang adiknya.
Demi duit, dia sanggup melakukan 'house call' merawat ahli-ahli kumpulan gangster yang cedera akibat pergaduhan. Dalam drama ini, female lead yang berwatak chaebol - bersifat dingin dan penuh dendam.
Walau apapun tema dan watak yang klise, tetap boleh dimanipulasikan melalui penciptaan Karakter.
Dan perhatikan juga, tidak ada bidang perniagaan yang sama dalam contoh-contoh chaebol di atas.
Hasilnya, penonton memperolehi pelbagai informasi daripada bermacam-macam industri.
Bukan sekadar dialog bisnes juta-juta dalam mesyuarat dan di padang golf.
5. Joo Joong-won (The Master's Sun): CEO Kingdom Group yang kedekut dan tamak, memiliki empayar hotel dan pusat membeli-belah.
Semua perkara adalah bisnes baginya. Pasangannya dalam drama ini seorang gadis Candy, tetapi mempunyai kelebihan boleh melihat hantu.
6. Gu Seo-jin (Hyde, Jekyll, Me): CEO dan chaebol Wonder Group, pemilik taman tema Wonderland.
Menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID), dan mempunyai tiga personaliti berbeza di luar sedar.
Dalam suasana K-Drama masih lagi banyak watak-watak CEO chaebol dan Candy, ada yang sudah mula lari daripada kepungan itu. Namun tetap mengekalkan tema antara dua darjat.
7. Park Jung-hwan (Punch): Pengarah Pasukan Anti Rasuah untuk Peguam Negara.
Bersubahat melakukan pelbagai jenayah dengan ketuanya sehinggalah didapati menghidap tumor otak yang serius. Bekas isterinya pula peguam kerajaan yang amanah.
8. Do Min-joon (My Love From The Star): Makhluk asing yang sudah 400 tahun terperangkap di bumi dan pada zaman ini dia bekerja sebagai pensyarah subjek sejarah di universiti.
Pasangannya bukan Candy, tetapi pelakon wanita terkenal kategori A-List yang bersikap diva.
Ya, cinta antara alien dengan manusia juga adalah dalam tema antara dua darjat.
9. Kim Tae-hyun (Yong Pal): Doktor bedah yang cemerlang disebabkan tekadnya belajar bersungguh-sungguh demi menebus kelemahan diri kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa ibunya sendiri.
Bukan chaebol, bukan CEO hospital.
Asal daripada keluarga susah, ayahnya sendiri gangster. Dicop sukakan duit kerana mahu membayar hutang lintah darat - dipinjam untuk kos rawatan buah pinggang adiknya.
Demi duit, dia sanggup melakukan 'house call' merawat ahli-ahli kumpulan gangster yang cedera akibat pergaduhan. Dalam drama ini, female lead yang berwatak chaebol - bersifat dingin dan penuh dendam.
Walau apapun tema dan watak yang klise, tetap boleh dimanipulasikan melalui penciptaan Karakter.
Dan perhatikan juga, tidak ada bidang perniagaan yang sama dalam contoh-contoh chaebol di atas.
Hasilnya, penonton memperolehi pelbagai informasi daripada bermacam-macam industri.
Bukan sekadar dialog bisnes juta-juta dalam mesyuarat dan di padang golf.
|
||
|
||
AKU
ADA KISAH, ADA KAMU KESAH?
Salam pembaca semua.
Sejak semalam ( ketika mula menulis manuskrip
buku inilah... ) aku termagu-magu berfikir tentang karya baru. Selepas menerima panggilan daripada Tuan Hj
Abdul Halim, pemilik rumah penerbitan Pekan Ilmu Publications, aku termemikirkan
“cerita” apa yang harusku tulis.
“Takde idea lagi Tuan Haji.... “ aku
menjawab kepada pertanyaan Haji Abdul Halim dalam telefon semalam.
“Sibuk sikit sekarang ni...” aku
menambah lagi alasan, untuk melarikan diri dari terlondehnya ketidakmampuan
diri ini menghasilkan karya baru, itu pun hanya baru yang kedua, jika ada pun..
ha ha..
Bukan tiada langsung idea dan
bahan-bahan yang kukumpulkan untuk menghasilkan novel kedua selepas yang
pertama terbit tahun lepas, tetapi aku rasa rangka cerita yang ada itu lekeh
sangat dan mungkin “tidak sedap”. Kalau penulis sendiri pun dah rasa begitu
apalagi dengan pembaca yang terpaksa keluar duit untuk membacanya.
Tiba-tiba pagi ini semasa terkebil-kebil
mahu memungut biji mata yang hanyut dibawa arus kemalasan dan rasa lemai di
bulan puasa begini..
Ting!.... timbul mentol idea kat
kepala..
‘ apakata aku cuba kumpulkan cerita dan
peristiwa pendek saja .... modus operandinya ialah kutip, kumpul dan tulis
cerita menjadi satu sketsa
[Aku, Peristiwa & pengajaran]nya..
Jadi aku mulakan dengan kisah
ini...silakan baca.. dengan Bismillah..
AKU MAMAT SKIMA
Aku dulu-dulu seorang pemuda yang sangat pemalu.
Suatu hari aku akan pergi ke luar negara menggunakan kapal terbang terbang. Di
dalam kapal terbang, aku dapati kerusinya yang bakal aku duduki terletak betul-betul
di antara dua perempuan muda. Aku pun duduk dengan resah berfikir topik
perbualan selama perjalanan agar suasana di antara kami boleh selesa.
Aku kemudian teringat nasihat datuk padaku lama
dahulu, katanya "Jika engkau menjumpai seorang perempuan yang tidak engkau
kenal, tanyakan saja apakah dia sudah berkahwin. Kemudian, tanyakan juga apakah
dia memiliki anak. Dia pasti akan dengan senang hati memberitahu kepadamu dan
suasana akan menjadi selesa."
Setelah berfikir seketika untuk mempraktiskan
nasihat ini, maka aku pun memberanikan diri bertanya kepada perempuan di
sebelah kananku, "Apakah anda memiliki anak?"
Perempuan itu tersenyum padaku dan menjawab dengan
ramah dan bersemangat, "Ya, saya memiliki seorang anak perempuan yang
cantik, namanya Lily."
Aku meneruskan dengan soalan seterusnya,
"Apakah anda sudah berkahwin?"
Mendengar soalan itu, perempuan itu terus diam dan
memalingkan muka ke arah tingkap. Aku kesal sekali, aku merasa dia mungkin
telah tersinggung kerana dianggap memiliki anak di luar perkahwinan. Makanya
kini, dia telah mengabaikan aku dan suasana menjadi tidak selesa.
"Wah, susunan soalan aku terbalik, tentu saja dia
persis marahkan aku. Sepatutnya, aku bertanya status dalam perkahwinannya
dahulu," fikir aku kembali.
Kemudian, aku cuba lagi dengan perempuan yang
seorang lagi yang duduk di sebelah kiriku.
"Apakah anda sudah berkahwin?" aku
bertanya dengan penuh kesopanan.
Perempuan di sebelah kiriku menjawab sambil
tersenyum, "Hmmmm, belum. Kenapa?"
"Apakah anda memiliki anak?"
Aku merasa hairan kerana aku juga kembali diabaikan
oleh perempuan kedua tersebut. Aduss..
Pengajaran :
Lalu aku teringat athsar (pesanan) Saidina Umar
Alkhattab RA bagi menaangani situasi begini dengan katanya : “Didiklah anak
–anak kamu sesuai dengan generasinya”.
Kini zaman yang dipanggil sebagai zaman Generasi Y.
Janganlah kita masih terikat dengan cara lama, ikut zaman kita, jumud,
streotaip dan sewaktu dengannya. Apa yang pasti, cara-cara ibadat solat, puasa,
haji tetap sama seperti 1400 tahun lalu...tak ada namanya solat cara Gen Y
yerrr..
TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......
Hari ini aku membaca maklumat yang amat
membimbangkan tentang cita-cita dan perancangan puak Kristian di Malaysia
sebagai mana yang diceritakan kepadaku seperti berikut ;
Muhammad Al-Amin adalah seorang ustaz yang juga
merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam
keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong
muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau juga
seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat
antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.
Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan
kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa
sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa
bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke
Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus
ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe
hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya
mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana
wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang
ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan
dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat
Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel,
mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di
Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku
Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian
tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka
Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di
Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak
puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama,
berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan
mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar
dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di
jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama
ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu
walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai
ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia
hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan
ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan
seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap
jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami
di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah
semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini
terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari
dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang
dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa
beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata
saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang,
mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.
Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia,“We decree and declare that
Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel
to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to
outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba
Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang
agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk
tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik
yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu
akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa
berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon
paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang
Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif,
malahan ada yang membela perbuatan mereka.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah
kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para
pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan
Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada
kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di
dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam.
Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap
dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik
popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik
bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan
dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang
Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan
Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam,
anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di
Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi
usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut
dalam al-Quran.
5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya
dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang
berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang
telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk
menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda
sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam
terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan
Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan
masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah
membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya
untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan
tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan,
doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang
kafir.
Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu,
tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah
mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada
kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…
Pengajaran :
Janganlah kita terleka dalam zon selesa. Didiklah
anak kita untuk menjadi pejuang dan pembela kepada Islam.
AKU YANG BANGANG
Aku dan adikku anak yatim. Kami berdua menginap di
sebuah rumah peningalan pusaka kedua orang tua. Hidup kami miskin, kais pagi
makan pagi sahaja, demikian juga petang, kami perlu berkais lagi untuk makan.
Saban hari aku berdoa agar Allah Taala mengubah
nasib hidupku, dengan cara dipertemukan dengan jodoh wanita yang cantik dan
kaya-raya supaya dapat aku menumpang milik hartanya tanpa perlu bersusah payah
berusaha.
Lain halnya pula dengan keadaan adikku. Dia tidak
pandai dan tidak lancar membaca. Dia berdoa pun dengan membaca terinsut-insut
di kertas yang diminta ditulis kepadanya doa tersebut daripada seorang ustaz di
hujung kampong. Namun aku tidak pernah ambil peduli tentang doa apa yang
dibacanya itu.
Dipendekkan cerita, akhirnya Allah Taala
mempertemukan aku jodoh sepertimana yang aku sering doakan. Aku mendapat
seorang isteri yang cantik lagi kaya raya. Aku seperti mendapat durian runtuh
dan sekali gus hidupku berubah. Aku keluar daripada rumah pusaka dan
meninggalkan adikku dengan memberinya sedikit wang dengan harapan dia akan
mengikut jejak langkahku juga satu hari nanti. Aku menjadi bertambah kaya raya
apabila aku mula memasuki bidang perniagaan dan mulai alpa dengan perintah
Allah Taala. Aku mula lewat-lewatkan Solat, jarang membaca Al Qur’an tetapi
tidak pernah lupa berdoa panjang-panjang meminta kekayaan daripada Allah Taala.
Ajaibnya Allah Taala sentiasa makbulkan doa yang aku minta. Aku selalu beroleh
peluang perniagaan yang bertambah-tambah.
Hidup adikku di kampong masih tidak berubah. Masih
sederhana, duduk di rumah pusaka itu dan masih tidak cerdas membaca. Dia tetap
membaca doanya memandang kertas yang dulu itu lagi. Aku mula merasa lebih
istimewa di sisi Allah Taala berbanding adikku. Namun aku tahu adikku ini juga
rajin berdoa dengan doa yang dibaca merangkak-rangkak di kertas itu juga. Rasa
riak datang bertamu ke ruang hatiku lantas, suatu hari aku menempelak adikku.
Aku kata :
“ Kau kena berdoa kuat lagi minta kekayaan pada
Allah Taala. Sampai bila nak harapkan aku tolong tanggung belanja kau ni..
Tengok aku ni, berdoa je Allah makbulkan..kau pulak berdoa pun masih
tengok-tengok kertas, belum cukup hebat tu..Allah tak pandang doa kau...”
Adikku hanya tersenyum padaku walau pun kena kutuk
kaw kaw dengan aku. Huh memang jenis lurus bendul sungguh la adik aku ni..
Beberapa lama pun keadaan dan kehidupan adikku
tetap sama saja. Duduk rumah pusaka dan sangat rajin berdoa, tapi masih
merangkak-rangka membaca doa pada kertas yang ditulis.
Takdir Allah Taala, suatu hari adikku jatuh sakit
yang amat berat sehingga membawa kepada kematiannya. Semasa nazaknya aku sempat
juga meminta maaf padanya. Selesai menguruskan pengkebumian adik, aku bercadang
mengadakan tahlil serentak untuk arwa-arwah adik dan ibu-bapa di rumah pusaka
itu. Aku berkemas bilik tidur adik. Tiba-tiba aku terpandangkan sehelai kertas
yang aku memang tahu itulah kertas tulisan doa yang sentiasa dibaca oleh adikku
semasa hayatnya. Aku mengambil kertas itu dan membacanya, ingin tahu apa permintaan
dalam doa adikku kepada Allah Taala selama ini. Dup! Dup! Dup!..dadaku berombak
kencang dan air mataku menghujani pipi...
“ YA
ALLAH, MAKBULKANLAH SEGALA DOA ABANGKU”
Itulah isi doa adikku selama ini yang membuatkan
aku tidak keruan sampai kini. Masya Allah..kebesaran Ilahi. Aku malu pada diri
sendiri. Aku mula membandingkan diri dengan adik. Adik kekal taat kepada Allah
Taala dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah Taala. Adik sedikit
pun tidak meminta dunia kepada Allah Taala, malah tidak meminta apa-apa untuk
dirinya, sebaliknya meminta segala doa aku dimakbulkan Allah Taala. Aku pula
sedikit pun tidak mendoakan untuk adik adik yang ku tinggalkan di rumah pusaka.
Aku mula tersedar, rupanya bukan doa aku yang
dimakbulkan...tetapi doa adik yang diterima dan dimakbulkan Allah Taala.
Pengajaran :
Doa itu senjata berat bagi orang mukmin
seperti mesin gun dan peluru berpandu. Doa bukan ikhtiar terakhir seperti yang
selalu ditunjukkan dalam drama TV dan bukan senjata ringan seperti pistol. Oleh
itu kita hendaklah sentiasa berfikir panjang tentang doa. Kadang-kadang bila
Allah realisasikan hajat kita, mulalah kita mengimbau usaha-usaha kita.
‘Aku buat beginilah yang jadi begini’
‘Doa aku Allah makbulkan...aku minta
jer..aku rapat dekat dengan Allah..’
Tanpa sedar kita bongkak takabbur. Kita
tidak tahu sedangkan yang dikabulkan doa itu, adalah doa ibu-bapa kita, doa
adik-beradik atau doa kawan-kawan kita yang lebih bersih hatinya. Kita ini
banyak dosa, menyebabkan doa terhijab.
WHATSAPP
YANG BERASAP DAN MENJERAT
Aku berkerja di sebuah pejabat yang
terlibat dalam sektor pemberian kredit modal perniagaan kepada sektor PKS dan
kaum bumi putera. Kini umurku 47 tahun memilik sebuah keluarga yang sederhana
dengan anak-anak yang semakin meremaja. Dengan umur dan anak-anakku ini,
menunjukkan bahawa aku bukan dari Gen Y dan tidaklah terlalu mengkagumi
gajet-gajet dan teknologi maya masa kini.
Selama hamper 20 tahun berkerja, waktu
bekerja yang biasa adalah sekitar jam 8 pagi hingga 6.00 petang. Kadang-kala
jika ada kerja lebih ia akan membawa kepada malam juga. Saya dan rakan-rakan
berkerja dengan penuh harmoni dan sukahtai selama ini. Hanya syarikat inilah
sahaja satu-satunya syarikat yang aku
begitu setia mencurahkan khidmat dan menyara kehidupan sejak dari mula keluar
dari university. Cara kami berkomunikasi sesame rakan sekerja dan pihak
atasan selalunya melalui mesyuarat atau
berjumpa secara berdepan. Tiada satu pun urusan kerja dilakukan selepas waktu
berkerja.
Tahun lepas, terdapat perubahan baru
secara tidak rasmi dalam syarikat apabila Whatsapp digunakan untuk
berkomunikasi. Group dicipta di pelbagai peringkat kumpulan pekerja, samada
kalangan pengurusan bawah, pengurusan kanan dan pengurusan kanan hatta dalam
kalangan pemandu di setiap cawangan di seluruh Malaysia pun ada juga ‘grup
whatssap depa’ sendiri. Ahli yang wajib di add dalam setiap grup whatssap chatt
ini dua orang, iaitu CEO dan Pengerusi Lembaga. Dalam grup aku pula terdapat
seramai 25 orang ahli.
Secara teknologinya, ia memang membantu
pekerja untuk berhubung dan melicinkan pekerjaan. Namun ia juga membawa masalah
baru, kini pekerja terpaksa berkerja 24 jam, paling tidak respon mesej bos –
“ok, bos” pada jam 1 pagi. Semua kerja diarahkan oleh bos melalui Whatssap.
Tiada lagi waktu kerja 8 pagi 6 petang yang sebenar-benarnya seperti dahulu. Walau
pun sudah balik dan jam terang-terang menunjukkan jam 12 malam pun masih ada
lagi mesej arahan dari bos yang masuk. Bukannya arahan itu tak boleh ditangguh
sehingga esok hari pun sebenarnya. Dengan Whatssap semua benda menjadi
‘Urgent!’.
Kalau dulu, walau pun kerja tidak dapat
disiapkan, masih ada esok pagi untuk disambung. Sekarang dengan Whatssap
berasap punya hal, pagi-pagi buta pun aku boleh menerima arahan baru yang perlu
dimasukkan dalam laporan atau pergi ke sesuatu lokasi yang tidak dirancang. Itu
tidak lagi termasuk mesej bual-bual kosong atau berbalas gambar atau mesej
bodek-bodek bos atau perli grup sana-sini. Kejap mesej bagai alim ulamak, kejap
masuk mesej ahli sarkas komidi pula.
Dalam tempoh setahun setengah semenjak
dasar pemggunaan Whatssap sebagai medium baru berhubungan dalam organisasi ini,
secara tidak sedar, aku telah mengabaikan keluarga apabila kerap memandang
telefon berbanding mengadap secara berdepan muka dengan semua kesayangan saya
dalam rumahtangga. Pernah aku cuba buat-buat tidak tahu dengan mesej yang masuk
dalam Whatssap walau pun arahan tersebut jelas ditujukan kepada aku. Akibat
dari itu, esoknya aku menjadi mangsa amarah bos kerana tidak membalas mesej
walau pun dengan ayat seringkas “OK”.
Bukan aku tidak mahu membalasnya, tapi
waktu itu aku fikir aku hanya mahu mengelakkan ‘kerja’ masuk ke rumah. Aku cuba
menumpukan kepada keluarga. Kalau dulu, tidak mengapa pun jika aku tidak
membalas SMS. Tetapi sekarang dengan Whatssap berasap ni, kalau satu mesej tak
dibalas, habis punah la kena marah. Perkara sama aku perhatikan kepada gelagat
bapa-bapa moden yang aku Nampak di restoran dan kedai makan. Walau pun ketika
menunggu pesanan makanan, bapa-bapa dan ibu-ibu moden ini masih memengan
telefon dan membalas mesej. Mungkin ada yang seperti aku terpaksa menerima
beban kerja selepas ‘office hour’, bahkan ada ketika menerima mesej dan
berpatah balik ke pejabat sewaktu sedang memandu untuk pulang.
Aku juga pernah dimarah kerana tidak
membalas mesej walau dalam grup ada tanda menunjukkan aku membaca mesej
tersebut. Ya, memang aku sengaja tidak membalas kerana baru sedar selepas
setahun bahawa melayan mesej Whatssap telah menganggu masa berkualiti aku
bersama keluarga.
Hanya kerana kesedaran aku ini, bos
seakan mula berkata bahawa prestasi aku mula merudum. Kerja biasa tetap saya
habiskan dengan cepat dan mengikut KPI dalam SOP. Mungkin kerana KPI baru
adalah ;
“Kau tak balas Whatssap, maka kau tak
effisien”
Pengajaran :
Kepada bos, berpada-padalah dalam
mengerah keringat dan kudrat orang melebihi had waktu yang dibayar secara
rasminya. Janganlah kita menjadi hamba kepada Whatssap dan aplikasi-aplikasi
teknologi yang lain.
RAJA
DAN GURU
Satu kisah yang aku baca memberi
pengajaran tentang kehebatan seorang guru dalam mendidik tentang ‘kehidupan’
kepada anak muridnya yang dari golongan elit, iaitu seorang anak raja.
Alkisahnya begini..
Pada suatu hari di suatu masa dahulu di
India, seorang raja telah menyerahkan outeranya untuk dididik oleh seorang
guru. Suatu hari selepas itu, raja ternampak si guru sedang menunggang kuda
manakala puteranya (anak raja) dibiarkan berjalan kaki sahaja di belakang,
menuruti perjalanan kuda gurunya. Raja merasa tersinggung dengan pemandangan
itu sambil menahan marah. Dia berkejar, segera mendapatkan guru itu mahukan
penjelasan.
Guru itu berkata, ;
“ Tuanku, tidak lama lagi putera tuanku
ini akan menjadi raja dan seluruh rakyat akan tunduk patuh kepadanya. Jika dia
tidak berjalan pada hari ini, dia tidak akan memahami kesusahan orang yang
berjalan. Itulah sebabnya saya menyuruh dia berlari di belakang saya. Apabila
dia menjadi raja nanti, dia akan mengimbau kenangan ini dan akan menjadi belas
kasihan kepada orang lain. Perkara ini hanya boleh didapati daripada seorang
guru, tidak daripada seorang bapa”.
Pengajaran
:
Dari sudut pandang yang lain, kita
dapati bahawa raja zaman dahulu tidak bertindak sewenang-wenangnya sebelum
menyiasat dan mengambil penjelasan. Jelas masih kuat penghormatan seorang raja
kepada seorang guru. Ilmu ialah mendatangi, bukan didatangi. Maksudnya walau
sehebat taraf kedudukan sosial atau sekaya mana sekali pun kita ini, janganlah
kita membudayakan keadaan dimana anak kita dimanja-manjakan dalam menuntut
ilmu, dengan hanya memanggil guru-guru datang mengajar di rumah, sebaliknya
susahkanlah sedikit anak-anak kita supaya mereka pergi menghadap guru
mendapatkan ilmu. Hari ini ada anak-anak yang ibu-bapanya menjemput guru datang
ke rumah, telah melayan guru seumpaya majikan melayan pekerja. Guru itu
dianggap sebagai ‘pelahap’ kepada wang upahan ibu-bapanya, maka itu rasa hormat
murid terhadap guru telah hilang.
MANUSIA
HILANG KEMANUSIAAN
Dipertengahan bulan Ramadhan ini,
manusia mula membeli persaipan dan pakaian raya, tidak terkecuali juga aku. Lalu
hari ini aku atur langkah dalam misi berbelanja di Wisma PKNS di Shah Alam,
dimana terdapat kedai-kedai pakaian dengan tahap harga yang mampu dibayar untuk
golongan sederhana dan pertengahan seperti aku.
Setelah berkeliling, menjelajah dan menjenguk
ke beberapai kedai, aku memutuskan untuk membeli baju kurung anak warna biru
kegemarannya di sebuah kedai apabila disapa ramah tamah oleh penjual dengan
loghat Indonesia yang masih belum mampu disembunyikan dari lorong anak
telingaku. Setelah melalui proses sekali menawar harga saja, aku bersetuju
dengan harga ‘diskaun’ yang diberikan oleh si Neng tanah seberang itu. Dalam
pada itu mata aku tersangkut pula pada sehelai baju yang agak cantik juga
potongan designnya. Aku Tanya harga. Kata si Neng RM60. Aku mintak diskaun lagi
macam baju anakku tadi.
“boleh... er RM55”, kata si Neng pula
Dialog yang sepatutnya singkat dan
berakhir dengan persetujuan membeli dari aku tiba-tiba bertukar meleret-leret
menjadi panjang. Mata aku tiba-tiba terpaku pada harga baju itu yang terlekat
pada penyangkut baju itu. Harganya ialah RM55.
“Neng! Kamu sudah menipu saya..”, kataku
sedikit beremosi.
“Tipu apanya”, balas Neng sedikit cuak.
“Baju ini memang harganya RM55, takde
diskaun pun yang Neng bagi”, ku tinggikan sikit suara menahan gelora jiwa.
“Memang biasa begitu, dalam berniaga
mana ada jujurnya”, balas si Neng selamba badak.
Sakit hati lagi bila dia menambah, “
Kalau saya sebut RM55, tentu kamu akan minta diskaun juga... makanya awal-awal
lagi saya naikkan harganya RM5 supaya nanti bila diminta diskaun saya boleh
bagi diskaun dengan senang hati”.
“Ini diskaun menipu namanya Neng..nanti
saya report”, aku cuba meracun si Neng. Ringkas cerita, si Neng meminta ampun
berkali-kali dan katanya dia hanya kuli yang dibayar gaji tetap dan diberi
insentif jualan, jika mampu menjual dan capai target walau dengan apa cara
sekali pun. Aku pun tetap membeli dan si Neng teruskan agendanya dengan kerana
kemurahan hatiku dan aku percaya pelanggan-pelanggan yang lain juga.
Pengajaran :
Lu fikir la sendiri beb....
Seorang ahli sains politik sabah berkata
:
“Dunia politik adalah dunia gila. Jika
kau tidak gila, kau akan betul-betul gila”.
Dari senario peristiwa di atas, aku
teringat kata-kata ini, yang mana bukan saja dunia politik dunia gila, dunia
bisnes pun lebih kurang sama..
DOKTOR
DA’IE
Aku teringat akan kisah seorang doctor
satu masa dahulu, baik sangat orangnya. Dia berjaya menawan hati pesakit bukan
Islam kerana profesional dan kelembutannya. Sebelum dia bedah atau periksa
pesakit dia akan solat 2 rakaat.
Dia minta pada Allah supaya Allah mudahkan
buat dirinya. Pernah satu keluarga miskin dia layan macam keluarga sendiri.
Sampai keluarga tu nak masuk Islam. Dia bantu ramai orang solat di hospital.
Bawa pesakit pada Allah. Beberapa pesakitnya masuk Islam. Dia tak pernah jemu
jawab soalan dan kerunsingan pesakit. Bantu mudahkan pesakit. Pernah seorang
pendeta tertarik dengan Islam kerana sifat doktor ini. Dia selalu dapat hadiah
kerana banyak peminat dari keluarga pesakit kerana akhlaknya dan tutur katanya.
Dia sebelum mula akan beri salam, baca
bismillah dan selalu memberi motivasi. Bercakap dengan pesakit macam bercinta.
Cakap dakwah. Dia tak sombong. Orang yang tiada harapan kembali mendapat harapan.
Itulah kesan bercakap dengan iman. Dia buat bukan kerana dia doktor tapi kerana
dia Daie. Memang sebenarnya semua sakit dalam dunia Allah beri. Dan dia juga
Allah yang menyembuhkannya. Dia berkuasa atas segala sesuatu. Hari ni dia jadi
orang hebat. Jadi orang terkenal. Tapi dia tetap tak berubah. Masih iktikaf di
masjid dan terus bawa orang kepada Allah. Doktor lain mungkin dah ubat 10 ribu
orang. Tapi dia 10 ribu orang terubat jiwa dan hati yang mula belajar akhlak
Islam dan kebesaran Allah. Islam bukan dalam kitab. Doktor dan nurse ni duta
Islam. Tapi melalui gaya komunikasi dan sifat dalam diri kita.
Seorang pelacur layan beri makan pada anjing
dapat masuk syurga. Allah maafkannya dan terima taubatnya. Menyakiti kucing
dengan mempermainkannya nak beri makanan atau tidak pun berdosa. Kena balas
diakhirat. Bayangkan nilai melayan orang yang sakit. Allahuakbar. Ini semua
akhirat bila dibuat dengan baik dan iman.
#Saya merayu jangan kasar-kasar yer. Lembut
sikit. Jangan cakap kasar depan pesakit. Jangan hilangkan harapan mereka.
Harapan itulah ialah iman pada Allah. Walaupun tengah mengajar dr pelatih baru.
Jangan maki dr baru atau nurse depan patient. Jangan cakap tanpa simpati. Letak
mereka sebagai ibu, ayah, adik kita dan bukan bahan kajian. Dan bukanlah nak
layan hebat sangat cuma cukuplah hormat orang lain walaupun orang tu orang
kampung, pakai selipar, baju buruk, makcik or pakcik yang tua-tua.
Sebab jika kita muliakan orang sebab dia dato,
tan sri, ustaz, bangsa dia, keturunan dia, agama dia. Kita teramat hina di sisi
Allah dan Allah akan hina kita satu masa nanti semula.. Sebab semua orang sama
yang bezakan kita disisi Allah cuma takwa. Dulu kita pun bodoh, ni Allah beri
pandai sikit. Dia boleh tarik balik. Tiada apa kita punya. Kerja doktor dan
nurse kerja sangat mulia. Orang yang suka memberi pasti mereka akan menerima.
Bercakaplah dengan orang seperti kita nak orang lain layan kita. Jangan
sesekali tengking orang tengah sakit. Mungkin kerana doa mereka Allah beri
rezeki dan syurga yang tinggi buat kita. Kita orang kaya pulak jangan hina
orang miskin sebab doa mereka Allah tambahkan rezeki buat kita. Sebab kita beri
sedekah Allah maafkan kita.
Ya Allah jadikanlah semua doktor dalam
dunia jadi Daie dan ada sifat kasih sayang.
Kasih sayang ini syifa yang besar. Semoga
Allah balas layanan baik semua doktor dan nurse yang baik dengan syurga yang tertinggi
DAKWAH BIL HIKMAH
Disuatu senja di simpang jalan di sebuah
kampung
Seorang remaja, kusut rambutnya.
Di lehernya tergantung seutas rantai.
Di jarinya terselit sebatang rokok,
sambil bersandar di sebatang pokok dan
Duduk di atas motosikalnya.
Matanya memandang langit.
Mungkin sedang mencari dirinya yg
sebenar.
Mencari fitrah dirinya yg terselit dalam
lubuk hatinya.
Kawan- kawannya yg lain sedang sibuk
berbual kosong.
Suasana riuh-rendah dan agak bising.
Tiba-tiba lalu dihadapannya seorang
pemuda beserban dan berjubah putih.
Di jarinya terlilit seutas tasbih panjang.
Tapi...
Lantaran mulut kumat-kamit sibuk melafaz
zikir..
Tiada segaris senyuman pun terukir di
bibir
Matanya memandang pelik pada kumpulan manusia
itu.
Lalu kakinya melangkah ke arah mereka
(pemuda jalanan)
Para pemuda jalanan berasa janggal dan
malu..
Melihat lelaki beserban itu semakin
hampir
Suasana menjadi sepi..
Pemuda berjubah memakai serban menegur
"Ehem! Korang buat ape kat sini?
Taknak siap siap solat maghrib ke?
Tak takut Allah ke?
Ni, rokok ni..apasal hisap jugak dah tahu
berdosa? Ha?! ''
Seorang pemuda di kalangan mereka merasa
marah
Bangun menerpa ke arah pemuda berjubah
dan berserban
"Hoi! Kau apasal?
Datang datang nak campur urusan kami?
Kau ingat kau bagus sangat?
Kau dah konferm ke masuk syurga?!''
"Habis tu kau yg hisap rokok dan
tak solat ni konfem ke masuk syurga?
Heih..jangan nak ego sangatlah,.. jangan
sombong dengan Tuhan!
Bila oang bagi nasihat, dengarlah..!''
.
Debukk!!!
Satu tumbukan hinggap di muka pemuda berjubah
dan berserban itu.
Pemuda berjubah dan berserban menahan sakit,
sambil berkata
"Apasal kau tumbuk aku? Haa?
Kata seorang pemuda di kalangan mereka
''Kau marah?
Sabarlah..bukan kah nabi berdakwah
hingga berdarah kepalanya?
Pemuda beserban menjadi marah dan malu lalu
pergi meninggalkan mereka.
Tidak lama selepas itu lalu pula...
Seorang pemuda memakai kain pelekat dan
t-shirt lengan panjang
Senyuman manis tak lekang di bibirnya..menghampiri
kumpulan..
Mengangkat tangan tanda hormat kepada
kumpulan pemuda jalanan
Pemuda itu sebenarnya sedang melangkah
menuju ke masjid
Seorang daripada pemuda jalanan itu
menyapa..
"Mau ke mana tu?''
Jawab pemuda berkain pelikat ber t-shirt
lengang panjang
"Mau ke taman syurga'', sambil tersenyum
manis.
''Taman syurga??!'', serentak sekumpulan
pemuda jalanan itu bertanya.
Sambil tersenyum manis..
Pemuda berkain pelikat ber t-shir
lengang panjang menambah..
"Iya..taman syurga
Ia tak jauh dari sini..ada majlis istimewa
di sana tu..
Raja besar yg menjemput saya dan kalian
semua ke sana..''
"Apa?? Menjemput kami juga?? Biar betul??
'' Tanya mereka kehairanan.
"Sudah tentulah..
Di sana kita akan diberi imbuhan yg
sangat lumayan!
Imbuhan yang sangat istimewa..malah
lebih berharga daripada mutiara
Sungguh sayang...
Ramai manusia yang tidak menyedarinya
Malah menolak jemputan raja besar itu..
aku harap kalian tidak menolaknya..''
kata pemuda itu dengan riyak sedih.
"Sudah tentu kami akan
menghadirinya..
Marilah kita ke sana! Sekarang juga!
Kata seorang daripada mereka.
Kawan kawan yg lainnya angguk tanda
setuju.
.
Sebaik sahaja sampai di hadapan masjid
Azan berkumandang dengan merdunya
Pemuda jalanan menjadi hairan
Lalu mereka bertanya.
"Di mana taman syurganya?
Aku langsung tak nampak?
Kau mainkan kitaorang ke?!''
"Inilah taman syurga sahabatku..
Tidakkah kalian dengar, betapa merdunya
azan itu?
Raja segala raja menjemput kita ke
rumahnya..
“Lihatlah..
Beberapa orang sahaja yg menerima jemputan
raja segala raja
Sedangkan Allah menjanjikan ganjaran
pahala yg besar
Syurga yg luas dan mewah
Bagi mereka yg menerima jemputan ini..
“Kalian beruntung...
Kalian menjadi tetamu Allah malam ini
Ayuh !
Masuklah ke rumahnya.''
Setitis demi setitis air jernih gugur
dari kelopak mata mereka
Terasa tenang hati mereka
Tersedar mereka daripada kesalahan
selama ini
Lalu mereka bersembahyang jama'ah
Berdoa memohon ampun atas kesalahan
Asbab dari pemuda berkain pelikat ber
t-shirt lengan panjang
Membawa dakwah bil hikmah
Allah Taala campakkan padaku.
Pemuda rambut kusai menyelit sebatang
rokok di atas motor..
Mengenal jalan menuju masjid, iaitu rumah
Allah dan taman syurga.
Alhamdulillah...
Wahai diriku yang berada di dalam
gengaman kekuasaanNya
Dengar dan ingatlah pesanan ini
#
Dakwah itu bukan sindiran
Dakwah itu bukan memerli
Dakwah itu bukan menakut-nakutkan
Dakwah itu bukan kekerasan
Dakwah itu bukan paksaan
Dakwah itu bukan terjahan
Namun ..
Dakwah itu adalah ajakan
Ajakan bagaimana?
Ajakan yang paling berhikmah dan
mau-izhoh al hasanah
Wa jadilhum billati hiyya ihsaan
Kerana dakwah bermula...
Dengan membina jambatan hati
Dengan memenangi hati
Bukan menguris hati ..
DUNGU
Pesawat Medan ke Jakarta bersiap akan
take-off, tapi tertunda gara-gara Tagor (yang baru pertama kali naik pesawat)
dengan tiket ekonomi, tapi ngotot ingin duduk di kelas bisnis.
Asiong (pemilik kursi bisnis): “Maaf
pak... Ini kursi saya.”
Tagor : “Anda siapa...?”
Asiong : “Saya penumpang yang duduk di
sini Pak!”
Tagor : “Penumpang..? Saya juga,
sama-sama bayar..! Sama-sama penumpang, kenapa kau mau ngatur-ngatur saya?”
Asiong tak mau ribut, lalu Asiong lapor
ke pramugari.
Pramugari : “Maaf Pak Tagor..dari tiket
bapak mesti nya Bapak duduk di belakang.”
Tagor : “Anda siapa?”
Pramugari : “Saya pramugari..”
Tagor : “Pramugari itu apa?”
Pramugari : “Pramugari itu yang melayani
penumpang.”
Tagor : “Bah... pelayan rupanya kau !!!
Saya kira siapa tadi, udah lah kau urus aja kerjaan kau, nggak usah
ngatur-ngatur saya. Pokoknya saya tetap duduk di sini. Anda mau apa...??!!”
Pramugari habis akal, dia pun memanggil
pilot.
Pilot :” Maaf pak, mestinya bapak duduk
di belakang..!!”
Tagor : “Siapa pula Anda?”
Pilot : “Saya pilot pak!”
Tagor : “Pilot itu apa?”
Pilot : “Pilot itu yang mengemudikan
pesawat ini.”
Tagor : “Bahhh yang tadi pelayan,
sekarang sopir..? Saya kira Anda siapa, berpakaian kayak DLLAJ, pake topi,
ternyata cuma sopir. Pokoknya saya tetap disini. Mau apa Anda? Bikin kesal saya
saja".
Bonar, orang Batak yang baru masuk
pesawat mendengar ribut-ribut bertanya pada pilot, kemudian dia manggut-manggut
dan minta waktu 5 menit pada pilot untuk dapat bicara pada Tagor. Kemudian
Bonar duduk disebelah Tagor sambil mengobrol.
Tiga menit kemudian, Tagor tiba-tiba
bangkit sambil ngomel-ngomel:
Tagor pun pindah ke belakang, Pilot
merasa takjub, dia lalu bertanya pada Bonar,
Pilot : “Apa sih yang Bapak bicarakan,
kok tiba-tiba dia bisa pindah kursi?"
Bonar : “Aku bilang "lae mau
kemana?”
Dia jawab "ke Jakarta", terus
Aku bilang "Lae, duduknya salah, kalau ke Jakarta, duduknya di belakang,
yang di depan ini turunnya di Samosir... !!!”
Pengajaran :
Begitu lah sifat manusia, mengira diri
sendiri sahaja yang benar, namun akhirnya Cuma membuat kebodohannya nampak pada
diri sendiri.
KASIHAN ISTERIKU
"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman
rumah, boleh?"
Isteri memandangku penuh pengharapan.
Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.
Tapi, belum sempat aku berikan jawapan
dia dah pergi.
Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak
berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah
kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah
kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah.
Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.
Bukan demi perut aku. Tapi, demi
keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah.
Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.
Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek
isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan
kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih
100 km/j.
"Jom."
Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum
manja.
Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan
dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.
Aku tengok isteriku dan anak-anak happy
sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu
galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.
Aku tengok dan tanya harga.
"Ribu. Belas ribu. Puluh
ribu."
Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak.
Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.
Sampai di ruangan galeri dapur, dia
berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet,
lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap.
Wanita mana yang tidak suka?
Dia memegang erat sedikit genggaman
tanganku. Aku tahu, dia mahu.
"Abang, jom. Kita balik. Dah puas
tengok."
Aku terkebil-kebil. Menuruti saja
langkahnya ke kereta uzurku.
Dalam kereta, isteriku tak lepaskan
tanganku. Aku sengaja bertanya,
"Awak nak dapur macam tadi,
ya?"
Dia jawab,
"Nak sangat. Tapi..."
Aku mencelah.
"Tapi?"
Dia meletakkan kepalanya di bahuku.
"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur
rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya
ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak
sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk.
Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."
Aku terdiam. Senyum paksa.
"Abang tahu impian awak.."
Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi.
Kali ini lenganku jadi mangsa.
"Abang jangan fikir macam-macam.
Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi,
pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.
Mencintai tidak bermakna perlu memiliki.
Suka, tak bermakna nak beli.
Semua barangan mewah tadi, dari ruang
tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan
abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.
Indah sangat ada segalanya. Bahagia
sangat.
Tapi saya bayangkan bukan indah di
dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi.
Segalanya ada belaka.
Apa guna jika ada semuanya, tapi abang
dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.
Abang, susah kita sekarang, semua yang
kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di
akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih
bersama, insya-Allah.
Syurga jadi milik kita jua.
Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak
sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.
Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut
tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.
Abang, anak-anak. Syurga saya."
Aku terkesima dengan kata-kata isteriku.
Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam
tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.
Masuk balik kereta. Senyum.
"Depan sana ada air jambu asam boi.
Semua nak tak?"
Isteri dan anak-anak serentak jawab,
"Nak!
Isteri Sebak Bila
Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak...
Setiap kali pulang
ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya.
Kadang-ka...dang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan
kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia
bersama buah tangan untuk kami.
Dan, setiap kali
pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar
katanya...
Suatu hari, sedang
dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu
kepadanya...
''Hmm... Abang.
Saya nak tanya something kat Abang ni...''
''Ya sayang... Apa
dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
''Tengahari, Abang
memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.
''Ermm tak. Kenapa
sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.
''Takdelah. Saya
tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat
sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak
ringan-ringan. Penatlah bang...
''Dengan si kenit
ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak
kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''
Satu-satu aku susun
perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu
bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku
meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku
buat. Harap sangat dia faham.
Dia memberhentikan
kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali
ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir
senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...
''Sayang, abang
minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang
tahu, abang takkan minta sayang masak...''
Dia berhenti
seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...
''Hmm... Ada 3
perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''
3 perkara? Apakah
ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.
''Pertamanya ialah
kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang.
Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan
sayang... ''
Allah... aku
tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek
kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku
meminta maaf, dia menyambung lagi...
''Kedua... kalau
abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke
rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang
sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang
ni...'
Saat itu, aku dah
hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari
bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga
diberitahu suami...
''Dan ketiga ialah
kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang
simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu
petang...''
Kala itu aku terus
menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai
lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...
''Takpe... Sayang
tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan
tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri
k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.
Dalam esak tangisan
ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan
permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya
aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...
Sebagai renungan
bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...
Utk para isteri
terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...
Tazkirah tasauf:
Seekor Rusa yang BAIK mati hanya
gara2 sebuah kata2...
1. Sepulang dari sawah, Rusa terus
terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat.
Rusa berkata pada Anjing yg kebetulan datang :
"kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk."
2. Anjing bejumpa Kucing di sudut
tembok : "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu.
saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd
Rusa."
3. Kucing kemudian bercerita kepada
Kambing : "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi
besok dia tidak mahu kerja."
4. Kambing berjumpa Ayam :
"Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn bos ... mungkin ada bos lain
yang lebih baik."
5. Ayam bercerita kepada Monyet :
"Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos
yang lain."
6. Ketika makan malam, Monyet
berjumpa bos : "Bos, tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah
berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dgn bos lain."
7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus
bunuh Rusa kerana dilihat telah mengkhianatinya...
Itu sebabnya
adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai ditelinga kita shj.
Hendaklah difikirkan baik2
tentang risiko,
manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok : "Tadi saya
berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah
sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd Rusa."
3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing : "Rusa komplain bos
bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."
4. Kambing berjumpa Ayam : "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja
dgn bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."
5. Ayam bercerita kepada Monyet : "Rusa tak akan kerja untuk bos
lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."
6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos : "Bos, tolong ajar si
Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk
bekerja dgn bos lain."
7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat telah
mengkhianatinya...
Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai
ditelinga kita shj. Hendaklah difikirkan baik2 tentang risiko, manfaat dan
akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.
Renung2kanlah...
Subscribe to:
Comments (Atom)