Tuesday, 22 December 2015

bagaimana menulis novel


Bagaimana Menulis Novel.

Agar selepas ini menulis novel tidak membuat orang menutup dan menjualnya di tempat kitar semula.

Awal pagi, klik-klik dan melihat perkataan pertama.

Apakah itu Chaebol dan Candy dalam penulisan novel?

Aha.

Belajar ilmu penulisan novel model drama Korea.

Cik Puan Azzah Abdul Rahman​ menulis.

Tema antara dua darjat - kedengaran amat klise.

Namun hakikatnya, untuk genre cinta, tema ini satu-satunya yang evergreen dan universal. Dari zaman Romeo & Juliet sehingga Yong Pal.

Antara dua darjat harta adalah yang paling klise.

Ya, darjat bukan semestinya harta. 

 

Perbezaan status sosial, agama, akademik, dan banyak lagi.

Chaebol

K-Drama menyaksikan begitu banyak drama yang watak heronya ialah lelaki 'chaebol' (pewaris kekayaan) berpangkat Presiden / CEO.

Candy

Manakala female lead-nya pula digelar Candy - gadis biasa-biasa. 

 

Istilah 'Candy' ini dipinjam daripada anime Jepun yang terkenal iaitu Candy Candy.

Foto di atas mengumpulkan hero-hero K-Drama yang sinonim dengan watak Presiden / CEO.

Dan selalunya, watak lelaki chaebol ini sifatnya dingin dan angkuh.

Klise, bukan?

Namun, apa yang membezakan mereka?

Karakter.

1. Kim Won (The Heirs): Presiden dan chaebol Jaeguk Group - konglomerat yang menguasai hampir semua jenis bisnes di Korea kecuali telekomunikasi.

Obses mahukan takhta sehingga sanggup mengorbankan kekasihnya sendiri dan bermusuhan dengan adik tiri yang disangka mahu merebut kedudukannya.

2. Lee Hyun-wook (My Loveable Girl): Presiden ANA Entertainment.

Komposer genius, chaebol syarikat hiburan. Dihantui rasa bersalah menyebabkan kematian kekasihnya, namun jatuh cinta pula kepada adik kekasihnya itu.

3. Cha Jae-wan @ Jayden (Hotel King): Pengurus Hotel Ciel.

 

 Super dingin kerana kehidupan masa kecilnya penuh tragedi.

Di depan pelanggan, dia terkenal sopan dan komited. Di belakang, hidupnya penuh dendam.

Pasangannya dalam drama ini bukan perempuan Candy, tetapi Ah Mo-ne, perempuan chaebol ala Paris Hilton.

Konflik yang disebabkan oleh kedua watak ini menjadikan Hotel King sebuah drama yang memang hebat.

4. Cha Jung-woo (Cunning Single Lady): CEO D&T Software Ventures @ genius IT. 

 

Bukan chaebol. 

 

Bangkit daripada kegagalan dalam perkahwinan sehingga berjaya menjadi 'Steve Jobs' Korea.

5. Joo Joong-won (The Master's Sun): CEO Kingdom Group yang kedekut dan tamak, memiliki empayar hotel dan pusat membeli-belah.

Semua perkara adalah bisnes baginya. Pasangannya dalam drama ini seorang gadis Candy, tetapi mempunyai kelebihan boleh melihat hantu.

6. Gu Seo-jin (Hyde, Jekyll, Me): CEO dan chaebol Wonder Group, pemilik taman tema Wonderland.

Menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID), dan mempunyai tiga personaliti berbeza di luar sedar.

Dalam suasana K-Drama masih lagi banyak watak-watak CEO chaebol dan Candy, ada yang sudah mula lari daripada kepungan itu. Namun tetap mengekalkan tema antara dua darjat.

7. Park Jung-hwan (Punch): Pengarah Pasukan Anti Rasuah untuk Peguam Negara.

Bersubahat melakukan pelbagai jenayah dengan ketuanya sehinggalah didapati menghidap tumor otak yang serius. Bekas isterinya pula peguam kerajaan yang amanah.

8. Do Min-joon (My Love From The Star): Makhluk asing yang sudah 400 tahun terperangkap di bumi dan pada zaman ini dia bekerja sebagai pensyarah subjek sejarah di universiti.

Pasangannya bukan Candy, tetapi pelakon wanita terkenal kategori A-List yang bersikap diva.

Ya, cinta antara alien dengan manusia juga adalah dalam tema antara dua darjat.

9. Kim Tae-hyun (Yong Pal): Doktor bedah yang cemerlang disebabkan tekadnya belajar bersungguh-sungguh demi menebus kelemahan diri kerana tidak mampu menyelamatkan nyawa ibunya sendiri.

Bukan chaebol, bukan CEO hospital.

Asal daripada keluarga susah, ayahnya sendiri gangster. Dicop sukakan duit kerana mahu membayar hutang lintah darat - dipinjam untuk kos rawatan buah pinggang adiknya.

Demi duit, dia sanggup melakukan 'house call' merawat ahli-ahli kumpulan gangster yang cedera akibat pergaduhan. Dalam drama ini, female lead yang berwatak chaebol - bersifat dingin dan penuh dendam.

Walau apapun tema dan watak yang klise, tetap boleh dimanipulasikan melalui penciptaan Karakter.

Dan perhatikan juga, tidak ada bidang perniagaan yang sama dalam contoh-contoh chaebol di atas.

Hasilnya, penonton memperolehi pelbagai informasi daripada bermacam-macam industri.

Bukan sekadar dialog bisnes juta-juta dalam mesyuarat dan di padang golf.

 

 

"Kisah penjaga lif."

Hari ini saya berforum di atas pentas JKR sempena program Persada Minda tahun ke-6. Saya sepentas bersama Tuan Ashwad Ismail​ dari Astro AWANI​ dan Tuan Mohamed Fairuz Mohd Pilus, Pengarah Bahagian Hak Cipta MyIPO

Program ini menghimpunkan 700 kakitangan JKR sepanjang dua hari dan diketengahkan mengenai aktiviti pembacaan, penulisan dalam setiap medium, baik secara online atau offline.

Saya tertarik melihat salah seorang peserta yang hadir. 
 
Beliau individu pertama bangun dan menceritakan kisahnya.

"Saya bertugas di JKR dan pengurusan lif di bawah tanggungjawab saya, malah lif yang digunakan oleh orang-orang penting juga saya uruskan," ceritanya perlahan-lahan.

Saya memerhatikan, beliau mengarang satu persatu ayat di atas kertas dan membacanya agar setiap maklumat sampai kepada khalayak.

Mungkin ada sedikit kekeliruan dari aspek kedudukan ayat dan sebutan gaya orang lama, tetapi mesej beliau paling penting mendorong saya mencatat kisahnya.

"Tugas di JKR, saya menjaga lif, tetapi saya juga membaca buku. Tiga kategori buku pilihan saya, iaitu sejarah, motivasi dan novel Tetapi saya keliru dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Walaupun begitu, saya membaca dan buku motivasi menjadi kekuatan saya bekerja di sini."

Dari atas pentas, beliau mengingatkan saya kepada arwah ibu. 
 
Cakapnya perlahan-lahan agar orang dapat faham. Kemudian suka membaca buku meskipun kosa katanya masih yang dahulu, iaitu menggunakan ejaan bacha berbanding baca. 
 
Jawatan beliau hanya menjaga lif sejak tahun 1980-an, tetapi semangat membacanya luar biasa.

Tahan sahajalah air mata apabila ada orang seperti ibu kita sedang berada di depan.

Belum forum selesai, terus turun pentas (dengan izin moderator), buku tulisan bersama Irma Hasmie Ibrahim​, iaitu SMILE menjadi tanda terima kasih saya hulurkan kepada beliau.

"Cik Puan, yakin dan percaya, buku ini lebih mudah Cik Puan fahami dan dapat menghadam isinya dengan baik," itu janji saya terhadap kualiti buku terbitan PTS​.

Sambil menghulurkan buku, beliau gembira berkata dengan nada perlahan, "Tahukah Tuan, saya akan masukkan sebuah buku motivasi ke dalam beg tangan setiap kali keluar bekerja."

Selesai sesi forum, beliau mendekati saya dan memohon saya lakukan sesuatu, "Tuan meninggalkan tandatangan dan ayat bertulis pen dalam buku ini. Saya ingin Tuan baca pula apa yang saya tuliskan kepada Tuan dalam buku yang dihadiahkan tadi," saya baca dan beliau sehabis baik menulis doa yang baik-baik dengan gaya bahasa orang lama.

Memang menyentuh rasa dengan keikhlasan beliau.

Nama beliau Cik Puan Nur Hafilah Thevi (foto di bawah, wanita di sebelah kanan pembaca).

Lif yang kecil dalam urusan kerjanya menjadi luas melalui pembacaanya.

Mana mungkin saya akan berhenti menyeru saudara yang berilmu dan baik akhlaknya daripada turut bersama-sama menambahkan buku-buku ilmu yang mudah difahami agar lebih ramai pembaca seperti beliau dapat membaca buku yang baik.


Semalam saya memerhatikan isteri berdiri di hadapan booth menjual pelbagai jenis kacang.
 
Oh, sememangnya beliau hantu kacang.

Ketika awal bercinta dahulu pun, kacang jugalah menjadi hadiah kiriman beliau.

Saya merapati beliau yang sedang khusyuk mendengar penerangan penjual.

Sambil itu merasa sample yang diberikan.

 
Saya tertarik dengan penyataan berani peniaga ini.

Castania, Premium Nut Boutique.

Lalu saya pun bertanya, lelaki bernama Lifri bercerita, "Castania ini sudah beroperasi sejak 1950-an di Lebanon.
 
Saya teruja mahu tahu, apa yang dikatakan premium?

"Tuan, kacang-kacang kami dibawa dari pelbagai negara dan disaring berkali-kali bagi mengasingkan kualitinya."
 
Saya uji beliau, nampak sangat saya ini banyak masa lapang pada hari itu.

Saya tunjuk secara rambang beberapa kacang yang penandanya terbalik. Berpuluh jenis kacang mengelilingi booth.
 
Cepat sahaja Lifri memberitahu jenis, dari negara mana, apa perbezaanya dan apakah jenis rasa kita akan nikmati apabila menggigit dan mengunyahnya.

 
Sebegitu sekali!
 
Christine, wanita yang bertugas di booth datang dan memberikan kami merasa.
 
Benar, sama seperti Lifri ceritakan.
 
Saya hairan apabila dengan bersahaja Christine membuka bungkusan kacang di hadapan kami. "Eh! Inikan untuk tujuan jualan, kenapa dibuka dan diberikan kepada kami?"
 
"Majikan kami berkata, tak mengapa, biar sampai rasa di lidah pelanggan."

Baiklah, kami makan sahaja.
 
Sambil itu saya bertanya kepada Lifri, bagaimana sikap pembeli produk premium?
 
"Teliti dan mahukan maklumat. Mereka sanggup membayar harga kacang kami yang mahal ini apabila maklumat diperolehi."

Ting!

Saya terfikir, ini juga sikap pembaca premium.
 
Pembaca yang premium tidak mudah membeli buku yang ditulis dengan pendapat semata-mata. Ia seperti merendahkan intelek dan nilai wang mereka.
 
Contohnya, jika saudara menulis buku kekeluargaan, ada dua pilihan menulisnya.

Pertama ditulis begini, 
 
"Anak-anak membesar dengan bahagia apabila ibu-bapa harmoni."

Kedua ditulis begini,
 
"Tahap puas hati anak kepada ibu-bapa meningkat sehingga 30 peratus (Lindsey, 2001) apabila hubungan ibu-bapa stabil dan seimbang."

Antara ayat satu dan dua, mana lebih berpengaruh?

Ya, ayat yang memberikan maklumat lebih berpengaruh ke atas kita.
 
Kerana itu pembaca tidak kisah membayar mahal terhadap penulisan kita. Sebagaimana mereka berbelanja membeli buku-buku luar negara yang mahal.
 
Mahukah menjadi penulis yang mahal?
 
p/s/s/ Penulis juga dapat bermula dari sebuah buku bagi meningkatkan tahap premium dengan menghasilkan buku yang mendorong jemputan-jemputan dari organisasi premium.
 
 


 

AKU ADA KISAH, ADA KAMU KESAH?

 

Salam pembaca semua.

 

Sejak semalam ( ketika mula menulis manuskrip buku inilah... ) aku termagu-magu berfikir tentang karya baru.  Selepas menerima panggilan daripada Tuan Hj Abdul Halim, pemilik rumah penerbitan Pekan Ilmu Publications, aku termemikirkan “cerita” apa yang harusku tulis.

 

“Takde idea lagi Tuan Haji.... “ aku menjawab kepada pertanyaan Haji Abdul Halim dalam telefon semalam.   

“Sibuk sikit sekarang ni...” aku menambah lagi alasan, untuk melarikan diri dari terlondehnya ketidakmampuan diri ini menghasilkan karya baru, itu pun hanya baru yang kedua, jika ada pun.. ha ha..

 

Bukan tiada langsung idea dan bahan-bahan yang kukumpulkan untuk menghasilkan novel kedua selepas yang pertama terbit tahun lepas, tetapi aku rasa rangka cerita yang ada itu lekeh sangat dan mungkin “tidak sedap”. Kalau penulis sendiri pun dah rasa begitu apalagi dengan pembaca yang terpaksa keluar duit untuk membacanya.

 

Tiba-tiba pagi ini semasa terkebil-kebil mahu memungut biji mata yang hanyut dibawa arus kemalasan dan rasa lemai di bulan puasa begini..

 

Ting!.... timbul mentol idea kat kepala..

 

‘ apakata aku cuba kumpulkan cerita dan peristiwa pendek saja .... modus operandinya ialah kutip, kumpul dan tulis cerita menjadi satu sketsa

[Aku, Peristiwa & pengajaran]nya..

 

Jadi aku mulakan dengan kisah ini...silakan baca.. dengan Bismillah..

 

AKU MAMAT SKIMA

Aku dulu-dulu seorang pemuda yang sangat pemalu. Suatu hari aku akan pergi ke luar negara menggunakan kapal terbang terbang. Di dalam kapal terbang, aku dapati kerusinya yang bakal aku duduki terletak betul-betul di antara dua perempuan muda. Aku pun duduk dengan resah berfikir topik perbualan selama perjalanan agar suasana di antara kami boleh selesa.

Aku kemudian teringat nasihat datuk padaku lama dahulu, katanya "Jika engkau menjumpai seorang perempuan yang tidak engkau kenal, tanyakan saja apakah dia sudah berkahwin. Kemudian, tanyakan juga apakah dia memiliki anak. Dia pasti akan dengan senang hati memberitahu kepadamu dan suasana akan menjadi selesa."

Setelah berfikir seketika untuk mempraktiskan nasihat ini, maka aku pun memberanikan diri bertanya kepada perempuan di sebelah kananku, "Apakah anda memiliki anak?"

Perempuan itu tersenyum padaku dan menjawab dengan ramah dan bersemangat, "Ya, saya memiliki seorang anak perempuan yang cantik, namanya Lily."

Aku meneruskan dengan soalan seterusnya, "Apakah anda sudah berkahwin?"

Mendengar soalan itu, perempuan itu terus diam dan memalingkan muka ke arah tingkap. Aku kesal sekali, aku merasa dia mungkin telah tersinggung kerana dianggap memiliki anak di luar perkahwinan. Makanya kini, dia telah mengabaikan aku dan suasana menjadi tidak selesa.

"Wah, susunan soalan aku terbalik, tentu saja dia persis marahkan aku. Sepatutnya, aku bertanya status dalam perkahwinannya dahulu," fikir aku kembali.

Kemudian, aku cuba lagi dengan perempuan yang seorang lagi yang duduk di sebelah kiriku.

"Apakah anda sudah berkahwin?" aku bertanya dengan penuh kesopanan.

Perempuan di sebelah kiriku menjawab sambil tersenyum, "Hmmmm, belum. Kenapa?"

"Apakah anda memiliki anak?"

Aku merasa hairan kerana aku juga kembali diabaikan oleh perempuan kedua tersebut. Aduss..

 

Pengajaran :

Lalu aku teringat athsar (pesanan) Saidina Umar Alkhattab RA bagi menaangani situasi begini dengan katanya : “Didiklah anak –anak kamu sesuai dengan generasinya”.

Kini zaman yang dipanggil sebagai zaman Generasi Y. Janganlah kita masih terikat dengan cara lama, ikut zaman kita, jumud, streotaip dan sewaktu dengannya. Apa yang pasti, cara-cara ibadat solat, puasa, haji tetap sama seperti 1400 tahun lalu...tak ada namanya solat cara Gen Y yerrr..

 

 

 

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM......

Hari ini aku membaca maklumat yang amat membimbangkan tentang cita-cita dan perancangan puak Kristian di Malaysia sebagai mana yang diceritakan kepadaku seperti berikut ;

Muhammad Al-Amin adalah seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

 

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

 

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

 

Description: C:\Users\AIM\Desktop\GAMBAR BAHAN\AGENDA KRISTIAN MALAYSIA.jpg

 

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

 

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

Pengajaran :

Janganlah kita terleka dalam zon selesa. Didiklah anak kita untuk menjadi pejuang dan pembela kepada Islam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AKU YANG BANGANG

Aku dan adikku anak yatim. Kami berdua menginap di sebuah rumah peningalan pusaka kedua orang tua. Hidup kami miskin, kais pagi makan pagi sahaja, demikian juga petang, kami perlu berkais lagi untuk makan.

Saban hari aku berdoa agar Allah Taala mengubah nasib hidupku, dengan cara dipertemukan dengan jodoh wanita yang cantik dan kaya-raya supaya dapat aku menumpang milik hartanya tanpa perlu bersusah payah berusaha.

Lain halnya pula dengan keadaan adikku. Dia tidak pandai dan tidak lancar membaca. Dia berdoa pun dengan membaca terinsut-insut di kertas yang diminta ditulis kepadanya doa tersebut daripada seorang ustaz di hujung kampong. Namun aku tidak pernah ambil peduli tentang doa apa yang dibacanya itu.

 

Dipendekkan cerita, akhirnya Allah Taala mempertemukan aku jodoh sepertimana yang aku sering doakan. Aku mendapat seorang isteri yang cantik lagi kaya raya. Aku seperti mendapat durian runtuh dan sekali gus hidupku berubah. Aku keluar daripada rumah pusaka dan meninggalkan adikku dengan memberinya sedikit wang dengan harapan dia akan mengikut jejak langkahku juga satu hari nanti. Aku menjadi bertambah kaya raya apabila aku mula memasuki bidang perniagaan dan mulai alpa dengan perintah Allah Taala. Aku mula lewat-lewatkan Solat, jarang membaca Al Qur’an tetapi tidak pernah lupa berdoa panjang-panjang meminta kekayaan daripada Allah Taala. Ajaibnya Allah Taala sentiasa makbulkan doa yang aku minta. Aku selalu beroleh peluang perniagaan yang bertambah-tambah.

Hidup adikku di kampong masih tidak berubah. Masih sederhana, duduk di rumah pusaka itu dan masih tidak cerdas membaca. Dia tetap membaca doanya memandang kertas yang dulu itu lagi. Aku mula merasa lebih istimewa di sisi Allah Taala berbanding adikku. Namun aku tahu adikku ini juga rajin berdoa dengan doa yang dibaca merangkak-rangkak di kertas itu juga. Rasa riak datang bertamu ke ruang hatiku lantas, suatu hari aku menempelak adikku. Aku kata :

“ Kau kena berdoa kuat lagi minta kekayaan pada Allah Taala. Sampai bila nak harapkan aku tolong tanggung belanja kau ni.. Tengok aku ni, berdoa je Allah makbulkan..kau pulak berdoa pun masih tengok-tengok kertas, belum cukup hebat tu..Allah tak pandang doa kau...”

Adikku hanya tersenyum padaku walau pun kena kutuk kaw kaw dengan aku. Huh memang jenis lurus bendul sungguh la adik aku ni..

Beberapa lama pun keadaan dan kehidupan adikku tetap sama saja. Duduk rumah pusaka dan sangat rajin berdoa, tapi masih merangkak-rangka membaca doa pada kertas yang ditulis.

 

Takdir Allah Taala, suatu hari adikku jatuh sakit yang amat berat sehingga membawa kepada kematiannya. Semasa nazaknya aku sempat juga meminta maaf padanya. Selesai menguruskan pengkebumian adik, aku bercadang mengadakan tahlil serentak untuk arwa-arwah adik dan ibu-bapa di rumah pusaka itu. Aku berkemas bilik tidur adik. Tiba-tiba aku terpandangkan sehelai kertas yang aku memang tahu itulah kertas tulisan doa yang sentiasa dibaca oleh adikku semasa hayatnya. Aku mengambil kertas itu dan membacanya, ingin tahu apa permintaan dalam doa adikku kepada Allah Taala selama ini. Dup! Dup! Dup!..dadaku berombak kencang dan air mataku menghujani pipi...

          “ YA ALLAH, MAKBULKANLAH SEGALA DOA ABANGKU”

 

Itulah isi doa adikku selama ini yang membuatkan aku tidak keruan sampai kini. Masya Allah..kebesaran Ilahi. Aku malu pada diri sendiri. Aku mula membandingkan diri dengan adik. Adik kekal taat kepada Allah Taala dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah Taala. Adik sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah Taala, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya, sebaliknya meminta segala doa aku dimakbulkan Allah Taala. Aku pula sedikit pun tidak mendoakan untuk adik adik yang ku tinggalkan di rumah pusaka.

Aku mula tersedar, rupanya bukan doa aku yang dimakbulkan...tetapi doa adik yang diterima dan dimakbulkan Allah Taala.

 

 

Pengajaran :

 

Doa itu senjata berat bagi orang mukmin seperti mesin gun dan peluru berpandu. Doa bukan ikhtiar terakhir seperti yang selalu ditunjukkan dalam drama TV dan bukan senjata ringan seperti pistol. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berfikir panjang tentang doa. Kadang-kadang bila Allah realisasikan hajat kita, mulalah kita mengimbau usaha-usaha kita.

‘Aku buat beginilah yang jadi begini’

‘Doa aku Allah makbulkan...aku minta jer..aku rapat dekat dengan Allah..’

 

Tanpa sedar kita bongkak takabbur. Kita tidak tahu sedangkan yang dikabulkan doa itu, adalah doa ibu-bapa kita, doa adik-beradik atau doa kawan-kawan kita yang lebih bersih hatinya. Kita ini banyak dosa, menyebabkan doa terhijab.

 

 

 

 

WHATSAPP YANG BERASAP DAN MENJERAT

 

Aku berkerja di sebuah pejabat yang terlibat dalam sektor pemberian kredit modal perniagaan kepada sektor PKS dan kaum bumi putera. Kini umurku 47 tahun memilik sebuah keluarga yang sederhana dengan anak-anak yang semakin meremaja. Dengan umur dan anak-anakku ini, menunjukkan bahawa aku bukan dari Gen Y dan tidaklah terlalu mengkagumi gajet-gajet dan teknologi maya masa kini.

 

Selama hamper 20 tahun berkerja, waktu bekerja yang biasa adalah sekitar jam 8 pagi hingga 6.00 petang. Kadang-kala jika ada kerja lebih ia akan membawa kepada malam juga. Saya dan rakan-rakan berkerja dengan penuh harmoni dan sukahtai selama ini. Hanya syarikat inilah sahaja satu-satunya  syarikat yang aku begitu setia mencurahkan khidmat dan menyara kehidupan sejak dari mula keluar dari university. Cara kami berkomunikasi sesame rakan sekerja dan pihak atasan  selalunya melalui mesyuarat atau berjumpa secara berdepan. Tiada satu pun urusan kerja dilakukan selepas waktu berkerja.

 

Tahun lepas, terdapat perubahan baru secara tidak rasmi dalam syarikat apabila Whatsapp digunakan untuk berkomunikasi. Group dicipta di pelbagai peringkat kumpulan pekerja, samada kalangan pengurusan bawah, pengurusan kanan dan pengurusan kanan hatta dalam kalangan pemandu di setiap cawangan di seluruh Malaysia pun ada juga ‘grup whatssap depa’ sendiri. Ahli yang wajib di add dalam setiap grup whatssap chatt ini dua orang, iaitu CEO dan Pengerusi Lembaga. Dalam grup aku pula terdapat seramai 25 orang ahli.

 

Secara teknologinya, ia memang membantu pekerja untuk berhubung dan melicinkan pekerjaan. Namun ia juga membawa masalah baru, kini pekerja terpaksa berkerja 24 jam, paling tidak respon mesej bos – “ok, bos” pada jam 1 pagi. Semua kerja diarahkan oleh bos melalui Whatssap. Tiada lagi waktu kerja 8 pagi 6 petang yang sebenar-benarnya seperti dahulu. Walau pun sudah balik dan jam terang-terang menunjukkan jam 12 malam pun masih ada lagi mesej arahan dari bos yang masuk. Bukannya arahan itu tak boleh ditangguh sehingga esok hari pun sebenarnya. Dengan Whatssap semua benda menjadi ‘Urgent!’.

 

Kalau dulu, walau pun kerja tidak dapat disiapkan, masih ada esok pagi untuk disambung. Sekarang dengan Whatssap berasap punya hal, pagi-pagi buta pun aku boleh menerima arahan baru yang perlu dimasukkan dalam laporan atau pergi ke sesuatu lokasi yang tidak dirancang. Itu tidak lagi termasuk mesej bual-bual kosong atau berbalas gambar atau mesej bodek-bodek bos atau perli grup sana-sini. Kejap mesej bagai alim ulamak, kejap masuk mesej ahli sarkas komidi pula.

 

Dalam tempoh setahun setengah semenjak dasar pemggunaan Whatssap sebagai medium baru berhubungan dalam organisasi ini, secara tidak sedar, aku telah mengabaikan keluarga apabila kerap memandang telefon berbanding mengadap secara berdepan muka dengan semua kesayangan saya dalam rumahtangga. Pernah aku cuba buat-buat tidak tahu dengan mesej yang masuk dalam Whatssap walau pun arahan tersebut jelas ditujukan kepada aku. Akibat dari itu, esoknya aku menjadi mangsa amarah bos kerana tidak membalas mesej walau pun dengan ayat seringkas “OK”.

 

Bukan aku tidak mahu membalasnya, tapi waktu itu aku fikir aku hanya mahu mengelakkan ‘kerja’ masuk ke rumah. Aku cuba menumpukan kepada keluarga. Kalau dulu, tidak mengapa pun jika aku tidak membalas SMS. Tetapi sekarang dengan Whatssap berasap ni, kalau satu mesej tak dibalas, habis punah la kena marah. Perkara sama aku perhatikan kepada gelagat bapa-bapa moden yang aku Nampak di restoran dan kedai makan. Walau pun ketika menunggu pesanan makanan, bapa-bapa dan ibu-ibu moden ini masih memengan telefon dan membalas mesej. Mungkin ada yang seperti aku terpaksa menerima beban kerja selepas ‘office hour’, bahkan ada ketika menerima mesej dan berpatah balik ke pejabat sewaktu sedang memandu untuk pulang.

 

Aku juga pernah dimarah kerana tidak membalas mesej walau dalam grup ada tanda menunjukkan aku membaca mesej tersebut. Ya, memang aku sengaja tidak membalas kerana baru sedar selepas setahun bahawa melayan mesej Whatssap telah menganggu masa berkualiti aku bersama keluarga.

 

Hanya kerana kesedaran aku ini, bos seakan mula berkata bahawa prestasi aku mula merudum. Kerja biasa tetap saya habiskan dengan cepat dan mengikut KPI dalam SOP. Mungkin kerana KPI baru adalah ;

 

“Kau tak balas Whatssap, maka kau tak effisien”

 

 

Pengajaran :

 

Kepada bos, berpada-padalah dalam mengerah keringat dan kudrat orang melebihi had waktu yang dibayar secara rasminya. Janganlah kita menjadi hamba kepada Whatssap dan aplikasi-aplikasi teknologi yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

RAJA DAN GURU

 

Satu kisah yang aku baca memberi pengajaran tentang kehebatan seorang guru dalam mendidik tentang ‘kehidupan’ kepada anak muridnya yang dari golongan elit, iaitu seorang anak raja. Alkisahnya begini..

 

Pada suatu hari di suatu masa dahulu di India, seorang raja telah menyerahkan outeranya untuk dididik oleh seorang guru. Suatu hari selepas itu, raja ternampak si guru sedang menunggang kuda manakala puteranya (anak raja) dibiarkan berjalan kaki sahaja di belakang, menuruti perjalanan kuda gurunya. Raja merasa tersinggung dengan pemandangan itu sambil menahan marah. Dia berkejar, segera mendapatkan guru itu mahukan penjelasan.

 

Guru itu berkata, ;

 

“ Tuanku, tidak lama lagi putera tuanku ini akan menjadi raja dan seluruh rakyat akan tunduk patuh kepadanya. Jika dia tidak berjalan pada hari ini, dia tidak akan memahami kesusahan orang yang berjalan. Itulah sebabnya saya menyuruh dia berlari di belakang saya. Apabila dia menjadi raja nanti, dia akan mengimbau kenangan ini dan akan menjadi belas kasihan kepada orang lain. Perkara ini hanya boleh didapati daripada seorang guru, tidak daripada seorang bapa”.

 

 Pengajaran :

 

Dari sudut pandang yang lain, kita dapati bahawa raja zaman dahulu tidak bertindak sewenang-wenangnya sebelum menyiasat dan mengambil penjelasan. Jelas masih kuat penghormatan seorang raja kepada seorang guru. Ilmu ialah mendatangi, bukan didatangi. Maksudnya walau sehebat taraf kedudukan sosial atau sekaya mana sekali pun kita ini, janganlah kita membudayakan keadaan dimana anak kita dimanja-manjakan dalam menuntut ilmu, dengan hanya memanggil guru-guru datang mengajar di rumah, sebaliknya susahkanlah sedikit anak-anak kita supaya mereka pergi menghadap guru mendapatkan ilmu. Hari ini ada anak-anak yang ibu-bapanya menjemput guru datang ke rumah, telah melayan guru seumpaya majikan melayan pekerja. Guru itu dianggap sebagai ‘pelahap’ kepada wang upahan ibu-bapanya, maka itu rasa hormat murid terhadap guru telah hilang.

 

 

 

Description: C:\Users\AIM\Desktop\GAMBAR BAHAN\UNTA.jpg

 

 

 

 

MANUSIA HILANG KEMANUSIAAN

 

Dipertengahan bulan Ramadhan ini, manusia mula membeli persaipan dan pakaian raya, tidak terkecuali juga aku. Lalu hari ini aku atur langkah dalam misi berbelanja di Wisma PKNS di Shah Alam, dimana terdapat kedai-kedai pakaian dengan tahap harga yang mampu dibayar untuk golongan sederhana dan pertengahan seperti aku.

 

Setelah berkeliling, menjelajah dan menjenguk ke beberapai kedai, aku memutuskan untuk membeli baju kurung anak warna biru kegemarannya di sebuah kedai apabila disapa ramah tamah oleh penjual dengan loghat Indonesia yang masih belum mampu disembunyikan dari lorong anak telingaku. Setelah melalui proses sekali menawar harga saja, aku bersetuju dengan harga ‘diskaun’ yang diberikan oleh si Neng tanah seberang itu. Dalam pada itu mata aku tersangkut pula pada sehelai baju yang agak cantik juga potongan designnya. Aku Tanya harga. Kata si Neng RM60. Aku mintak diskaun lagi macam baju anakku tadi.

 

“boleh... er RM55”, kata si Neng pula

 

Dialog yang sepatutnya singkat dan berakhir dengan persetujuan membeli dari aku tiba-tiba bertukar meleret-leret menjadi panjang. Mata aku tiba-tiba terpaku pada harga baju itu yang terlekat pada penyangkut baju itu. Harganya ialah RM55.

 

“Neng! Kamu sudah menipu saya..”, kataku sedikit beremosi.

“Tipu apanya”,  balas Neng sedikit cuak.

“Baju ini memang harganya RM55, takde diskaun pun yang Neng bagi”, ku tinggikan sikit suara menahan gelora jiwa.

“Memang biasa begitu, dalam berniaga mana ada jujurnya”, balas si Neng selamba badak.

Sakit hati lagi bila dia menambah, “ Kalau saya sebut RM55, tentu kamu akan minta diskaun juga... makanya awal-awal lagi saya naikkan harganya RM5 supaya nanti bila diminta diskaun saya boleh bagi diskaun dengan senang hati”.

 

“Ini diskaun menipu namanya Neng..nanti saya report”, aku cuba meracun si Neng. Ringkas cerita, si Neng meminta ampun berkali-kali dan katanya dia hanya kuli yang dibayar gaji tetap dan diberi insentif jualan, jika mampu menjual dan capai target walau dengan apa cara sekali pun. Aku pun tetap membeli dan si Neng teruskan agendanya dengan kerana kemurahan hatiku dan aku percaya pelanggan-pelanggan yang lain juga.

 

 

Pengajaran :

 

Lu fikir la sendiri beb....

 

Seorang ahli sains politik sabah berkata :

 

“Dunia politik adalah dunia gila. Jika kau tidak gila, kau akan betul-betul gila”.

 

Dari senario peristiwa di atas, aku teringat kata-kata ini, yang mana bukan saja dunia politik dunia gila, dunia bisnes pun lebih kurang sama..

 

 

 

 

 

DOKTOR DA’IE

 

Aku teringat akan kisah seorang doctor satu masa dahulu, baik sangat orangnya. Dia berjaya menawan hati pesakit bukan Islam kerana profesional dan kelembutannya. Sebelum dia bedah atau periksa pesakit dia akan solat 2 rakaat.

 Dia minta pada Allah supaya Allah mudahkan buat dirinya. Pernah satu keluarga miskin dia layan macam keluarga sendiri. Sampai keluarga tu nak masuk Islam. Dia bantu ramai orang solat di hospital. Bawa pesakit pada Allah. Beberapa pesakitnya masuk Islam. Dia tak pernah jemu jawab soalan dan kerunsingan pesakit. Bantu mudahkan pesakit. Pernah seorang pendeta tertarik dengan Islam kerana sifat doktor ini. Dia selalu dapat hadiah kerana banyak peminat dari keluarga pesakit kerana akhlaknya dan tutur katanya.

 Dia sebelum mula akan beri salam, baca bismillah dan selalu memberi motivasi. Bercakap dengan pesakit macam bercinta. Cakap dakwah. Dia tak sombong. Orang yang tiada harapan kembali mendapat harapan. Itulah kesan bercakap dengan iman. Dia buat bukan kerana dia doktor tapi kerana dia Daie. Memang sebenarnya semua sakit dalam dunia Allah beri. Dan dia juga Allah yang menyembuhkannya. Dia berkuasa atas segala sesuatu. Hari ni dia jadi orang hebat. Jadi orang terkenal. Tapi dia tetap tak berubah. Masih iktikaf di masjid dan terus bawa orang kepada Allah. Doktor lain mungkin dah ubat 10 ribu orang. Tapi dia 10 ribu orang terubat jiwa dan hati yang mula belajar akhlak Islam dan kebesaran Allah. Islam bukan dalam kitab. Doktor dan nurse ni duta Islam. Tapi melalui gaya komunikasi dan sifat dalam diri kita.

 Seorang pelacur layan beri makan pada anjing dapat masuk syurga. Allah maafkannya dan terima taubatnya. Menyakiti kucing dengan mempermainkannya nak beri makanan atau tidak pun berdosa. Kena balas diakhirat. Bayangkan nilai melayan orang yang sakit. Allahuakbar. Ini semua akhirat bila dibuat dengan baik dan iman.

 #Saya merayu jangan kasar-kasar yer. Lembut sikit. Jangan cakap kasar depan pesakit. Jangan hilangkan harapan mereka. Harapan itulah ialah iman pada Allah. Walaupun tengah mengajar dr pelatih baru. Jangan maki dr baru atau nurse depan patient. Jangan cakap tanpa simpati. Letak mereka sebagai ibu, ayah, adik kita dan bukan bahan kajian. Dan bukanlah nak layan hebat sangat cuma cukuplah hormat orang lain walaupun orang tu orang kampung, pakai selipar, baju buruk, makcik or pakcik yang tua-tua.

 Sebab jika kita muliakan orang sebab dia dato, tan sri, ustaz, bangsa dia, keturunan dia, agama dia. Kita teramat hina di sisi Allah dan Allah akan hina kita satu masa nanti semula.. Sebab semua orang sama yang bezakan kita disisi Allah cuma takwa. Dulu kita pun bodoh, ni Allah beri pandai sikit. Dia boleh tarik balik. Tiada apa kita punya. Kerja doktor dan nurse kerja sangat mulia. Orang yang suka memberi pasti mereka akan menerima. Bercakaplah dengan orang seperti kita nak orang lain layan kita. Jangan sesekali tengking orang tengah sakit. Mungkin kerana doa mereka Allah beri rezeki dan syurga yang tinggi buat kita. Kita orang kaya pulak jangan hina orang miskin sebab doa mereka Allah tambahkan rezeki buat kita. Sebab kita beri sedekah Allah maafkan kita.

 

Ya Allah jadikanlah semua doktor dalam dunia jadi Daie dan ada sifat kasih sayang.

 Kasih sayang ini syifa yang besar. Semoga Allah balas layanan baik semua doktor dan nurse yang baik dengan syurga yang tertinggi

 

 

 

 

 

 

DAKWAH BIL HIKMAH

 

Disuatu senja di simpang jalan di sebuah kampung

 

Seorang remaja, kusut rambutnya.

Di lehernya tergantung seutas rantai.

Di jarinya terselit sebatang rokok, sambil bersandar di sebatang pokok dan

Duduk di atas motosikalnya.

 

Matanya memandang langit.

Mungkin sedang mencari dirinya yg sebenar.

Mencari fitrah dirinya yg terselit dalam lubuk hatinya.

Kawan- kawannya yg lain sedang sibuk berbual kosong.

 

Suasana riuh-rendah dan agak bising.

Tiba-tiba lalu dihadapannya seorang pemuda beserban dan berjubah putih.

Di jarinya terlilit seutas tasbih panjang. Tapi...

Lantaran mulut kumat-kamit sibuk melafaz zikir..

Tiada segaris senyuman pun terukir di bibir

 

Matanya memandang pelik pada kumpulan manusia itu.

Lalu kakinya melangkah ke arah mereka (pemuda jalanan)

Para pemuda jalanan berasa janggal dan malu..

Melihat lelaki beserban itu semakin hampir

Suasana menjadi sepi..

 

 

 

 

Pemuda berjubah memakai serban menegur

 

"Ehem! Korang buat ape kat sini?

Taknak siap siap solat maghrib ke?

Tak takut Allah ke?

Ni, rokok ni..apasal hisap jugak dah tahu

 berdosa? Ha?! ''

 

Seorang pemuda di kalangan mereka merasa marah

Bangun menerpa ke arah pemuda berjubah dan berserban

 

"Hoi! Kau apasal?

Datang datang nak campur urusan kami?

Kau ingat kau bagus sangat?

Kau dah konferm ke masuk syurga?!''

"Habis tu kau yg hisap rokok dan tak solat ni konfem ke masuk syurga?

Heih..jangan nak ego sangatlah,.. jangan sombong dengan Tuhan!

Bila oang bagi nasihat, dengarlah..!''

 .

 Debukk!!!

 

 Satu tumbukan hinggap di muka pemuda berjubah dan berserban itu.

 Pemuda berjubah dan berserban menahan sakit, sambil berkata

 

"Apasal kau tumbuk aku? Haa?

 

 

 

 

Kata seorang pemuda di kalangan mereka

 

''Kau marah?

Sabarlah..bukan kah nabi berdakwah hingga berdarah kepalanya?

 

Pemuda beserban menjadi marah dan malu lalu pergi meninggalkan mereka.

 

Tidak lama selepas itu lalu pula...

Seorang pemuda memakai kain pelekat dan t-shirt lengan panjang

Senyuman manis tak lekang di bibirnya..menghampiri kumpulan..

Mengangkat tangan tanda hormat kepada kumpulan pemuda jalanan

Pemuda itu sebenarnya sedang melangkah menuju ke masjid

 

Seorang daripada pemuda jalanan itu menyapa..

"Mau ke mana tu?''

 

Jawab pemuda berkain pelikat ber t-shirt lengang panjang

"Mau ke taman syurga'', sambil tersenyum manis.

''Taman syurga??!'', serentak sekumpulan pemuda jalanan itu bertanya.

 

Sambil tersenyum manis..

Pemuda berkain pelikat ber t-shir lengang panjang menambah..

 

"Iya..taman syurga

Ia tak jauh dari sini..ada majlis istimewa di sana tu..

Raja besar yg menjemput saya dan kalian semua ke sana..''

 

"Apa?? Menjemput kami juga?? Biar betul?? '' Tanya mereka kehairanan.

 

"Sudah tentulah..

Di sana kita akan diberi imbuhan yg sangat lumayan!

Imbuhan yang sangat istimewa..malah lebih berharga daripada mutiara

Sungguh sayang...

Ramai manusia yang tidak menyedarinya

Malah menolak jemputan raja besar itu..

aku harap kalian tidak menolaknya..'' kata pemuda itu dengan riyak sedih.

 

"Sudah tentu kami akan menghadirinya..

Marilah kita ke sana! Sekarang juga!

Kata seorang daripada mereka.

Kawan kawan yg lainnya angguk tanda setuju.

 .

Sebaik sahaja sampai di hadapan masjid

Azan berkumandang dengan merdunya

Pemuda jalanan menjadi hairan

Lalu mereka bertanya.

"Di mana taman syurganya?

Aku langsung tak nampak?

Kau mainkan kitaorang ke?!''

"Inilah taman syurga sahabatku..

Tidakkah kalian dengar, betapa merdunya azan itu?

Raja segala raja menjemput kita ke rumahnya..

 

“Lihatlah..

Beberapa orang sahaja yg menerima jemputan raja segala raja

Sedangkan Allah menjanjikan ganjaran pahala yg besar  

Syurga yg luas dan mewah

Bagi mereka yg menerima jemputan ini..

“Kalian beruntung...

 Kalian menjadi tetamu Allah malam ini

Ayuh !

Masuklah ke rumahnya.''

 

Setitis demi setitis air jernih gugur dari kelopak mata mereka

Terasa tenang hati mereka

Tersedar mereka daripada kesalahan selama ini

Lalu mereka bersembahyang jama'ah

Berdoa memohon ampun atas kesalahan

 

Asbab dari pemuda berkain pelikat ber t-shirt lengan panjang

Membawa dakwah bil hikmah

Allah Taala campakkan padaku.

Pemuda rambut kusai menyelit sebatang rokok di atas motor..

Mengenal jalan menuju masjid, iaitu rumah Allah dan taman syurga.

Alhamdulillah...

 

 

Wahai diriku yang berada di dalam gengaman kekuasaanNya

Dengar dan ingatlah pesanan ini

 

 # Dakwah itu bukan sindiran

 Dakwah itu bukan memerli

 Dakwah itu bukan menakut-nakutkan

 Dakwah itu bukan kekerasan

 Dakwah itu bukan paksaan

 Dakwah itu bukan terjahan

 

Namun ..

Dakwah itu adalah ajakan

Ajakan bagaimana?

Ajakan yang paling berhikmah dan mau-izhoh al hasanah

Wa jadilhum billati hiyya ihsaan

 

Kerana dakwah bermula...

Dengan membina jambatan hati

Dengan memenangi hati

Bukan menguris hati ..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DUNGU

 

Pesawat Medan ke Jakarta bersiap akan take-off, tapi tertunda gara-gara Tagor (yang baru pertama kali naik pesawat) dengan tiket ekonomi, tapi ngotot ingin duduk di kelas bisnis.

 

Asiong (pemilik kursi bisnis): “Maaf pak... Ini kursi saya.”

 

Tagor : “Anda siapa...?”

 

Asiong : “Saya penumpang yang duduk di sini Pak!”

 

Tagor : “Penumpang..? Saya juga, sama-sama bayar..! Sama-sama penumpang, kenapa kau mau ngatur-ngatur saya?”

 

Asiong tak mau ribut, lalu Asiong lapor ke pramugari.

 

Pramugari : “Maaf Pak Tagor..dari tiket bapak mesti nya Bapak duduk di belakang.”

 

Tagor : “Anda siapa?”

 

Pramugari : “Saya pramugari..”

 

Tagor : “Pramugari itu apa?”

 

Pramugari : “Pramugari itu yang melayani penumpang.”

 

Tagor : “Bah... pelayan rupanya kau !!! Saya kira siapa tadi, udah lah kau urus aja kerjaan kau, nggak usah ngatur-ngatur saya. Pokoknya saya tetap duduk di sini. Anda mau apa...??!!”

 

Pramugari habis akal, dia pun memanggil pilot.

 

Pilot :” Maaf pak, mestinya bapak duduk di belakang..!!”

 

Tagor : “Siapa pula Anda?”

 

Pilot : “Saya pilot pak!”

 

Tagor : “Pilot itu apa?”

 

Pilot : “Pilot itu yang mengemudikan pesawat ini.”

 

Tagor : “Bahhh yang tadi pelayan, sekarang sopir..? Saya kira Anda siapa, berpakaian kayak DLLAJ, pake topi, ternyata cuma sopir. Pokoknya saya tetap disini. Mau apa Anda? Bikin kesal saya saja".

 

Bonar, orang Batak yang baru masuk pesawat mendengar ribut-ribut bertanya pada pilot, kemudian dia manggut-manggut dan minta waktu 5 menit pada pilot untuk dapat bicara pada Tagor. Kemudian Bonar duduk disebelah Tagor sambil mengobrol.

 

Tiga menit kemudian, Tagor tiba-tiba bangkit sambil ngomel-ngomel:

 

Tagor pun pindah ke belakang, Pilot merasa takjub, dia lalu bertanya pada Bonar,

 

Pilot : “Apa sih yang Bapak bicarakan, kok tiba-tiba dia bisa pindah kursi?"

 

Bonar : “Aku bilang "lae mau kemana?”

Dia jawab "ke Jakarta", terus Aku bilang "Lae, duduknya salah, kalau ke Jakarta, duduknya di belakang, yang di depan ini turunnya di Samosir... !!!”

 

 

 

 

 

Pengajaran :

 

Begitu lah sifat manusia, mengira diri sendiri sahaja yang benar, namun akhirnya Cuma membuat kebodohannya nampak pada diri sendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KASIHAN ISTERIKU

 

"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

 

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

 

Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.

 

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

 

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

 

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

 

"Jom."

 

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

 

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

 

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

 

Aku tengok dan tanya harga.

 

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

 

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

 

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

 

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

 

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

 

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

 

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

 

"Awak nak dapur macam tadi, ya?"

 

Dia jawab,

 

"Nak sangat. Tapi..."

 

Aku mencelah.

 

"Tapi?"

 

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

 

"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."

 

Aku terdiam. Senyum paksa.

 

"Abang tahu impian awak.."

 

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

 

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

 

Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

 

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

 

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

 

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

 

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

 

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

 

Syurga jadi milik kita jua.

 

Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

 

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

 

Abang, anak-anak. Syurga saya."

 

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.

 Masuk balik kereta. Senyum.

 

"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"

 Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!

 

 

 

Isteri Sebak Bila Tahu Kenapa Suaminya Minta Hari-Hari Dia Masak...

Setiap kali pulang ke rumah, suamiku pasti membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang-ka...dang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. Dan kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak miss lah hari-hari dia bersama buah tangan untuk kami.

Dan, setiap kali pulang juga, dia pasti meminta aku menghidangkan nasi untuknya. Lapar katanya...

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut aku ingin bertanya sesuatu kepadanya...

''Hmm... Abang. Saya nak tanya something kat Abang ni...''

''Ya sayang... Apa dia? Tanyalah... '' jawab dia dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.

''Tengahari, Abang memang tak makan kat ofis ke...?? '' soalku lembut.

''Ermm tak. Kenapa sayang??? '' pendek dan ringkas jawapan dia.

''Takdelah. Saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh, saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam bolehlah saya masak ringan-ringan. Penatlah bang...

''Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur dan lipat... saya kadang-kadang stress...''

Satu-satu aku susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada cakap, tugas memasak tu bukan tugas isteri tapi adalah tugas suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluahkan perasaan. Lagi pun, aku minta tak masak je. Tugas-tugas lain aku buat. Harap sangat dia faham.

Dia memberhentikan kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untukku. Manis...

''Sayang, abang minta maaf kerana menyusahkan sayang. Abang tak tahu sayang penat. Kalau abang tahu, abang takkan minta sayang masak...''

Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambungnya kembali...

''Hmm... Ada 3 perkara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari...''

3 perkara? Apakah ia? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.

''Pertamanya ialah kerana... Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri abang. Masakan sayang sedap. Tiada kedai yang mampu menyaingi kesedapan masakan sayang... ''

Allah... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pulak aku rasa... dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi...

''Kedua... kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin takkan makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri tercinta abang ni...'

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu suami...

''Dan ketiga ialah kerana abang tak ada duit. Duit makan tengahari abang, abang simpan. Abang simpan untuk belikan sayang dan Una 'hadiah' ketika mana abang pulang di waktu petang...''

Kala itu aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku...

''Takpe... Sayang tak buat salah pun dengan abang. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok In syaa Allah, abang masak sendiri k. Dah... jangan nangis...'' Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaannya. Dia yang seharian penat bekerja dan 'berpuasa' tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Oh Allah... Ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama. Semoga kita sama2 dpt muhasabah diri...

Utk para isteri terutama surirumah sepenuh masa... bersyukurlah...

 

 

 

 

 

 

 

Tazkirah tasauf:

 

Seekor Rusa yang BAIK mati hanya gara2 sebuah kata2...

 

1. Sepulang dari sawah, Rusa terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat.

 Rusa berkata pada Anjing yg kebetulan datang : "kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk."

 

2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok : "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd Rusa."

 

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing : "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."

 

4. Kambing berjumpa Ayam : "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."

 

5. Ayam bercerita kepada Monyet : "Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."

 

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos : "Bos, tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dgn bos lain."

 

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat telah mengkhianatinya...

 

Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai ditelinga kita shj. Hendaklah difikirkan baik2

tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok : "Tadi saya berjumpa Rusa, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kpd Rusa."

3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing : "Rusa komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja."

4. Kambing berjumpa Ayam : "Khabarnya Rusa tidak seronok bekerja dgn bos ... mungkin ada bos lain yang lebih baik."

5. Ayam bercerita kepada Monyet : "Rusa tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain."

6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos : "Bos, tolong ajar si Rusa tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dgn bos lain."

7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Rusa kerana dilihat telah mengkhianatinya...

Itu sebabnya adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai ditelinga kita shj. Hendaklah difikirkan baik2 tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.

Renung2kanlah...