Wednesday, 26 February 2014

TERSIRAT DIBALIK TERSURAT



Untuk menghayati perjalanan watak BUAYA yang menjadi kaya dalam novel ini, pembaca perlulah cuba memahami makna yang tersirat disebalik apa yang tersurat semata-mata di dalam teks.

Bermula dari anugerah otaknya yang cerdik meski tertekan di alam persekolahan, bermula sebagai pekerja dan penjual sayur kemudian meningkat kepada pembekal sayur.

Bermula dari penjual pakaian bundule meningkat menjadi pengilang pakaian, penjenamaan, pembalakan dan penanaman sawit di Sabah serta pemilikan saham hospital.

Itu semua adalah sign tersirat yang penulis sentuh sepintas lalu bagaimana dia kaya dan berjaya. Penceritaan kejayaannya pula dibawa dalam bentuk flachback yang menyebabkan penulis rasakan tidaklah perlu diperincikan beberapa situasi yang berlaku seperti macam mana dia berniaga dan jadi kaya atau bagaimana prosesnya dia menendang kawannya sendiri keluar dari syarikat yang sama-sama dibentuk.

No comments:

Post a Comment