Thursday, 23 January 2014

Agihan Infaq AIM

POLISI AGIHAN INFAQ


1.0 Pengenalan

Polisi agihan dana Infaq yang diseliakan oleh UZWI ini disediakan untuk memastikan pengurusan di dalam proses pengagihan Infaq disediakan secara teratur dan tersusun serta menjadi rujukan semua anggota yang terlibat, supaya agihan dilakukan dengan sistematik.

2.0 Pembahagian Dana
            Dana Infaq akan dibahagikan kepada 3 bahagian tabungan mengikut peratusan daripada jumlah sumbangan / derma yang diterima, iaitu ;
1.    Tabung Kesihatan – 50%
2.    Tabung Pendidikan – 25%
3.    Tabung Kemanusiaan Dan Bencana – 25%

2.0 Kumpulan Sasar
Dicadangkan skop atau kumpulan sasar yang akan diliputi (cover) adalah seperti berikut ;
1.    Keutamaan kepada Sahabat dan keluarga.
2.    Bukan kalangan Sahabat yang miskin.
3.    Orang Asli dan Muallaf


3.0 Kriteria Bantuan
Dicadangkan bantuan dana Infaq ini hendaklah mencari sudut-sudut yang belum lagi disediakan perkhidmatannya secara rasmi oleh pihak AIM seperti manfaat Tabung Khairat Hutang (TKH), khidmat sosial dari Tabung Kebajikan Dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) atau pun perkhidmatan bantuan dari Koperasi Sahabat AIM. Bantuan yang disediakan ini adalah berasaskan permohonan yang diajukan kepada UZWI melalui sokongan dan pemeriksaan pihak AIM di lapangan.
Berikut adalah ciri-ciri atau kriteria bantuan yang akan disediakan oleh UZWI melalui kumpulan tabung dana Infaq ini, iaitu ;

3.1 Tabung Kesihatan
1.    Menampung sebahagian kos peralatan bantuan kesihatan seperti kerusi roda atau mesin khas dan sebagainya.
2.    Menampung sebahagian kos perubatan ibu-bapa dan anak-anak sahabat atau sumbangan sebanyak RM500 yang mana terendah bagi penyakit-penyakit yang bukan melibatkan pelanggaran hukum syariat.
3.    Sumbangan bagi program-program pendidikan dan kesederan kesihatan kepada sahabat-sahabat yang dianjurkan oleh kakitangan AIM.

3.2  Tabung Pendidikan

1.    Menampung kos pendaftaran pendidikan di semua peringkat kepada anak-anak Sahabat atau orang awam yang miskin.
2.    Membeli peralatan persekolahan menengah dan rendah kepada anak-anak sahabat dan orang awam yang miskin.
3.    Sumbangan sebahagian atau sebanyak RM1,000 mana yang terendah, bagi program peningkatan kemahiran dan pengetahuan sahabat dalam bidang berkaitan projek-projek yang sedia ada atau projek baru yang dianjurkan oleh kakitangan AIM di lapangan.

3.3  Tabung Kemanusiaan

1.    Sumbangan bantuan barangan keperluan bagi sahabat-sahabat yang terlibat dalam bencana seperti kebakaran, banjir, tsunami dan sebagainya.
2.    Belanja operasi untuk program Korban Perdana dalam dan luar negara.
3.    Bantuan kepada mangsa peperangan di luar negara.

4.0 Penutup

Sumbangan diberikan tertakluk kepada permohonan, bukan sebagai satu tanggungjawab atau rutin tugas kepada UZWI. Ia juga tertakluk kepada kecukupan dan keadaan kewangan semasa tabung-tabung dalam dana Infaq ini.




No comments:

Post a Comment